February 22nd, 2017

Watak Mia Adriana didalam drama 7 Hari Mencintaiku membuatkan nama pelakon Siti Saleha melonjak naik dan semestinya lebih dikenali.

Bukan mudah sebenarnya untuk wanita berdarah kacukan Melayu – Inggeris ini untuk mengukuhkan namanya didalam industri lakonan tanah air. Pernah mengenali erti keperitan bergelar anak seni, Siti Saleha memberitahu  perlu untuk bersikap deman dalam soal bayaran sesuai dengan kualiti kerja yang diberikan.

Sebagai pelakon, perlu tahu harga pasaran lebih-lebih lagi apabila sudah lama dalam industri. Saya bukan mengajar untuk menjadi demand, tetapi ia perlu supaya orang tidak pijak kepala dengan memberi bayaran tidak setimpal. Walaupun kedengaran seperti perkara buruk tetapi tidak semua berkaitan soal demand ada unsur negatif. Kalau bijak menggunakannya, ia memberi kebaikan kepada diri.

Bukan itu sahaja, pelakon harus bijak memilih naskah yang diberikan, karakter dan pengarah kerana ia sebenarnya penting dalam menentukan karier seseorang pelakon itu.

Kalau mahu menerima sesuatu tawaran, tidak boleh main ambil sahaja. Paling penting, perlu nilai apa jenis karakter yang ditawarkan. Selain itu, penulisan skrip sangat memainkan peranan kerana ia mampu mencantikkan lagi gaya lakonan di dalam drama.

Memang bernas setiap kata-kata Siti Saleha. Kadang-kadang kesian juga melihat artis yang betul-betul mempunyai kualiti kerja yang cemerlang tetapi bayaran yang diterima tidak setimpal dengan usaha mereka. Pemilihan skrip dan produksi drama yang baik juga penting dalam kerjaya sebagai artis.

Sumber Berita : Kosmo Online


Comments are closed.

Loading...