“‘Demand’ Macam Bukak Mall” – Netizen Minta Khairul Aming Sediakan Bilik Nursing Room Di Rembayung

Kehidupan

“‘Demand’ Macam Bukak Mall” – Netizen Minta Khairul Aming Sediakan Bilik Nursing Room Di Rembayung

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming memaklumkan bahawa restoran miliknya, Rembayung, tidak menyediakan bilik atau ruang khas untuk penyusuan bayi.

Perkara itu dijelaskan menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok apabila Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman menjawab pertanyaan netizen berhubung konsep restoran yang mesra bayi atau baby-friendly.

Advertisement

Bilik penyusuan tiada. Tapi kalau nak tukar lampin bayi, kita ada sediakan baby board.

Menurutnya, kemudahan asas tetap disediakan bagi memudahkan ibu bapa yang membawa anak kecil.

Dalam tandas itu disediakan lengkap seperti sinki dan tong sampah. Lepas cuci, boleh sambung makan.

Bagaimanapun, penjelasan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, dengan sebahagian pihak menganggap permintaan penyediaan bilik penyusuan di restoran berkenaan sebagai keterlaluan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati golongan ibu supaya menggunakan kain penutup atau nursing cover bagi memudahkan urusan penyusuan bayi ketika berada di tempat awam.

Selain itu, terdapat juga warganet yang meluahkan rasa kurang senang terhadap permintaan tersebut, dengan menyifatkan ia seolah-olah restoran milik pempengaruh berusia 33 tahun itu bakal beroperasi seperti sebuah pusat membeli-belah.

Isu berkenaan terus menjadi perbincangan hangat di media sosial dengan pelbagai pandangan dikongsi daripada kedua-dua pihak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-12 16:23:24

"Ada Yang Buat Jangkaan Saya Gagal" - Ramai Jadi 'Akauntan Tak Bertauliah', Khairul Aming Minta Beri Peluang Berniaga 'Offline'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...