“Delulu Sangat Ni Kak..” – Wanita Dakwa Dic*bul 50 Lelaki Melayu Sepanjang 30 Minit Berjalan Di KL

Kehidupan

“Delulu Sangat Ni Kak..” – Wanita Dakwa Dic*bul 50 Lelaki Melayu Sepanjang 30 Minit Berjalan Di KL

Seorang wanita warganegara Amerika telah mencetuskan perdebatan netizen di media sosial apabila dia mendakwa telah dicabul 50 orang lelaki Melayu ketika berada di Kuala Lumpur, Malaysia.

Wanita berkenaan yang juga bergelar wartawan dilaporkan membuat kenyataan tersebut sebagai respon kepada kejadian tular yang berlaku kepada seorang pengembara wanita bersama suaminya yang telah diganggu serta dirogol 7 orang lelaki ketika berada di negara India.

Advertisement

Dakwaan dicabul 50 orang lelaki dalam tempoh 30 minit

Dalam perkongsian tersebut, wanita bernama Christine itu berkata India bukanlah salah satu negara yang melaporkan kes gangguan seksual tertinggi sebaliknya Malaysia turut berada dalam senarai tersebut.

Katanya, dia sudah berada di Malaysia sejak 8 tahun yang lalu dan sering diganggu lelaki negara ini sekaligus mengambil keputusan untuk berhijrah ke Singapura kerana berasa lebih selamat.

Berjalan dari Central Market ke Shagnhai La satu hari, trafik sangat teruk, saya bergelut dengan kira-kira 50 lelaki, semuanya Melayu, dan mencuba untuk menyentuh payu dara saya. Sejak itu, saya sedar saya perlu keluar dari negara ini.

Malah menurut Christine lagi, dia membawa perkara itu kepada ahli politik tertinggi namun diabaikan kerana mendakwa ia akan memberi imej buruk kepada negara Malaysia.

Netizen anggap Christine sebar cerita palsu

Berikutan itu, netizen mula mempersoalkan kenyataan wanita mat saleh itu berdasarkan statistik yang diberikan berkenaan kejadian meraba yang dirasakan mengarut dan merepek.

ChristineSumber : X  

Jika seseorang menerima kata-kata Christine, ini bermakna dia telah meraba-raba setiap 0.6 minit sepanjang 30 minit berjalan kaki — satu angka yang kelihatan sangat mustahil.

Meskipun dikecam, Christine tetap dengan kenyataannya dan mendakwa ‘wanita kulit putih’ seperti dirinya sering menjadi mangsa gangguan seksual di Kuala Lumpur.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Wanita
10 months ago

"Delulu Sangat Ni Kak.." - Wanita Dakwa Dic*bul 50 Lelaki Melayu Sepanjang 30 Minit Berjalan Di KL

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : WeirdKaya

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...