Minggu lalu, seorang pendakwah Ustaz Ebit Lew telah berangkat ke Palestin untuk meneruskan misi kemanusian di sana.
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, misi kemanusian Ebit dan delegasinya berjalan dengan lancar dan sentiasa memberikan perkembangan dari semasa ke semasa.
Menerusi perkembangan terbaru, Ustaz Ebit akan dijangka pulang dalam masa terdekat dari misi kemanusiaan dalam membantu rakyat Palestin.
“Saya memang berkomunikasi dengan Ustaz Ebit setiap hari bagi memantau perkembangan misi tersebut. Misi beliau berjalan dengan lancar dan beliau turut membantu kita untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi di sana”.
“Jadi kita pantau secara dekat, dan saya percaya beliau bersama delegasi selamat dan akan pulang dalam masa terdekat”.
Kenyataan itu dikongsi di Facebook pada Selasa. Selepas pelancaran kempen Humanitarian Aid Fundraising From Malaysia, For Palestin, beliau memaklumkan pihaknya sempat bertanya maklum balas daripada delegasi berkenaan mengenai bantuan yang benar-benar diperlukan oleh rakyat Palestin ketika ini.
“Sebab itu gerakan-gerakan yang ikhlas dan tidak ada kepentingan lain, usaha sebegini Kementerian Luar Negeri tak teragak-agak untuk terus membantu”.
Ustaz Ebit Lew turut berkongsi berita mengenai misinya di InstaStory yang dipapar Astro Awani dan turut menguapkan terima kasih kepada Hishammuddin.