Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Delegasi Jururawat Bakal Saman Linda Rafar

Gara-gara kes viral beliau mendakwa jururawat di hospital bersikap biadap dan tidak mengendahkan permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya, penyanyi Linda Rafar bakal disaman oleh badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON).

Advertisement

Pihak mereka kini sedang mengumpul dana untuk proses mengambil tindakan undang-undang terhadap Linda demi menegakkan keadilan bagi jururawat.

Dalam pada itu, Linda berkata kenyataan beliau sebelum ini dimanipulasi sehingga menimbulkan salah faham.

Sekarang saya seorang dihina dan dikutuk oleh persatuan jururawat seluruh Malaysia.  Saya tidak menyatakan semua jururawat. Mereka memanipulasikan kenyataan saya. Ramai lagi rakyat yang teraniaya. Mereka tiada peluang untuk bersuara. Allah Maha Adil. Jika bukan di dunia, akhirat menanti kebenaran.

Advertisement

Terdahulu, Linda menerusi Insta Stories di Instagramnya meluahkan rasa bengangnya terhadap layanan buruk diberikan sekumpulan jururawat di hospital di Shah Alam yang enggan membantu menukar cadar ibunya yang terkena najis. Status itu menjadi viral dan mendapat pelbagai respon daripada netizen dan juga perhatian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Difahamkan pihak hospital sudah mengadakan pertemuan dengan Linda pada hari Jumaat lalu untuk cuba menyelesaikan isu berkenaan.

Sumber Berita : Harian Metro & Delegation Of Nurses

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

285 Comments

  1. Melati Putih

    January 2, 2019 at 8:28 am

    Pengalaman aku jaga ayah aku dekat hospital kerajaan ok je. Nak2 lagi hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Pesakit yang terlampau ramai, bersesak-sesak dan kakitangan yg limited. Kebiasaannya ayah aku ditempatkan di kelas 3 sebab dia perlukan pemerhatian doktor pakar. kalau kelas 1, doktor biasa je yang bertugas. Memandangkan ayah aku jenis pesakit jantung kronik nak tak nak pada awal dia dimasukkan ke wad kena ditempatkan ke wad 3 sebab wad 3 je yg ada doktor pakar. Pada awalnya memang la tak selesa. Pelbagai orang, pelbagai penyakit, pelbagai bau semua ada. Tapi bila kenangkan yg bapak aku perlukan pemerhatian doktor pakar…. Aku redha je. Pengalaman aku dan pemerhatian aku Nurse2 di hospital kerajaan ni memang mempunyai kesabaran yang tinggi dan berdedikasi dengan kerja mereka. kalau time aku kena jaga ayah aku belah malam, aku boleh tengok kepenatan muka2 nurse yang shift malam. mungkin ada yang buat double shift sebab cover kawan. Alhamdullilah, setiap kali aku tanya or aku minta tolong dengan nurse2 ni, tak de la sampai aku nak kutuk2 nurse. memang tak semua permintaan kita mereka penuhi. mungkin ada prosedur2 yang perlu mereka patuhi instead of nak penuhi permintaan kita. Saya ada pengalaman minta nurse tukarkan cadar ayah saya sebab dah terkena najis dan kencing. Kejadian berlaku sebelah malam awal pagi. Alhamdullilah nurse datang tukarkan. tapi memang la bukan immediate. sebab dia kena buat tugasan dia dulu. dan yang paling penting ada member untuk bantu dia tukar cadar. yelah, nak kena kendalikan ayah saya lagi. nak buat sorang2 memang tak terdaya. Ada cara nak gantikan cadar semasa pesakit atas katil dan tidak berupaya untuk bangun dari katil. nurse2 plak jenis yang kecik2. memangla kena bawa kawan untuk tukar cadar pesakit. saya minta kalau tak silap dalam jam 1 pagi, nurse datang dalam jam 3.30 pagi. dia kata time rehat baru dapat nak tolong tukarkan cadar. rasa bersalah plak saya ganggu time rehat dia. padahal kalau time rehat ni diaorg boleh je take a quick nap kan. kesian nurse2 ni. lagi satu kejadian (tahun yang berlainan) saya minta tolong nurse tukarkan cadar ayah saya. tapi nurse tu dah bgtau awal2 yang dia tak dapat bantu tukarkan cadar sekarang dia kata sebab hari ini tak cukup kakitangan. tapi dia akan cuba tukar secepat yang mungkin. saya tak la rasa geram pada diaorg sbb kita faham keadaan diaorg. tapi saya tak tahan sebab walaupun saya dah bersihkan najis, tetap nmpk kesannya dan ada bau sikit. disebabkan kesian dengan ayah sy, sy tarik sendiri cadar ayah sy tu dan sy tanyakan kepada nurse yang berada di station nurse nak letak dekat mana cadar kotor tu. Nurse tu plak yang berterima kasih dgn saaya sebab dah bantu dia. tilam dia pun bknnya berasaskan kain. jadi tak la teruk sgt kalau tak alas dengan cadar baru. Pagi esoknya dalam jam 8.00 baru la mereka pasang cadar baru untuk ayah saya. My point is, jgnla kita ni tak bertimbang rasa. Nurse tu sebnrnya dah berkhidmat dengan sebaik mungkin dah. jgnlah terlalu membebankan mereka kerana mereka dah cukup terbeban dah. saya pun tak setuju bila membaca posting linda hari tu. bagi saya linda tak bertimbang rasa. kalau betul sayangkan mak, kenapa boleh tahan tgk mak tu tdo dalam keadaan cadar yang kotor? tak kesian ke dekat mak awk? tu mak awk tau? sampai jam 3 petang baru mak awk dapat tukar cadar???? awk gile ke apa? haiiishhhh….. payah kalau anak asyik mengharapkan org lain utk jaga mak sendiri.

  2. Duh

    January 2, 2019 at 6:50 am

    bila kita komen servis and bad attitude few nurses at hospital gomen. Angkatan penyokong pun terasa hati dan duk back up dan minta pesakit gi hospital swasta? Why? We are government servants like yourself. Why should we waste money cos goverment bagi kemudahan? . And so you are telling me that you nurses are not capable of giving better or best servis? I know you can! There are many efficient, considerate, caring nurses …

    From my few days experience in the ward. I personally feel that most nurses should be more mesra alam, friendly that is! Does it hurt to wish patient “assalamualaikum” or Selamat pagi? We understand you are very busy ….. datang macam robot … cek BP, ambik reading gula. Then Tolak troley, and just go off to next patient. Tak boleh ke bagitau berapa reading? Or it is forbidden or not in your SOP to inform patient?

  3. Hana.nana

    January 2, 2019 at 1:21 am

    I pernah jugak admitted gov hospital few times, and so far layanan nurses and docs sume baik je. I don’t have any issues pun sepanjang admitted dkt hospital sg buloh. They are the best! Masa I bersalin dkt Kpj pun best. Staffs are awesome and so the docs! There must be miscommunication and misunderstanding between linda and the nurse sampai jd mcm ni. Hopefully you guys can settle this secara baik and no harm :)

    • Eliesa

      January 2, 2019 at 4:03 pm

      Untunglah dapat yang baik. Tapi tak semua orang bernasib baik dapat yang baik, ada juga nurse yang biadap. Aku dah jumpa banyak kali. Nasib baik ingat aku ni Islam, dapat urut dada dan bersabar banyak-banyak.

  4. Anonymous

    January 1, 2019 at 11:31 pm

    Ambilah insuran. Pegi je swasta
    Utk beranak no insuran…ini sory..sbb sakit di buat sendiri.

  5. Anymous

    January 1, 2019 at 9:09 pm

    Isu ttg nurse ni mmg ada baiknya supaya jadi satu pedoman untuk kearah yang lebih positif.memang ada nurse yg baik ttp klo kt hosp.kjaan mmg layanan agak terok. Pnh tgok nenek tua smp jatuh katil sbb nk pg bilik air..pggil nurse lalu lalang semua buat tak tahu last jatuh..mmg kesian smp mggeletar..kwn2 katol sebelh yg sakit pla yg tolong. ..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama