December 31st, 2018

Gara-gara kes viral beliau mendakwa jururawat di hospital bersikap biadap dan tidak mengendahkan permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya, penyanyi Linda Rafar bakal disaman oleh badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON).

Pihak mereka kini sedang mengumpul dana untuk proses mengambil tindakan undang-undang terhadap Linda demi menegakkan keadilan bagi jururawat.

Advertisement

Dalam pada itu, Linda berkata kenyataan beliau sebelum ini dimanipulasi sehingga menimbulkan salah faham.

Sekarang saya seorang dihina dan dikutuk oleh persatuan jururawat seluruh Malaysia.  Saya tidak menyatakan semua jururawat. Mereka memanipulasikan kenyataan saya. Ramai lagi rakyat yang teraniaya. Mereka tiada peluang untuk bersuara. Allah Maha Adil. Jika bukan di dunia, akhirat menanti kebenaran.

Terdahulu, Linda menerusi Insta Stories di Instagramnya meluahkan rasa bengangnya terhadap layanan buruk diberikan sekumpulan jururawat di hospital di Shah Alam yang enggan membantu menukar cadar ibunya yang terkena najis. Status itu menjadi viral dan mendapat pelbagai respon daripada netizen dan juga perhatian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Difahamkan pihak hospital sudah mengadakan pertemuan dengan Linda pada hari Jumaat lalu untuk cuba menyelesaikan isu berkenaan.

Sumber Berita : Harian Metro & Delegation Of Nurses

Advertisement

285 responses to “Delegasi Jururawat Bakal Saman Linda Rafar”

  1. OwlME says:

    Saya sokong Linda.. Nurse2 ni memang bukan main lagi perangai mereka.. kadang sombong pun ada.. mcm tak Ikhlas buat kerja.. kesian kat org tua tuu.. kalau Keluarga mereka cepat je drng tolong.. I support u Linda.. Allah membantu org yang teraniaya..

  2. Eliesa says:

    Dalam semua bidang, akan ada staf yang beradab dan akan ada staf yang BIADAP. Itu kenyataan. Tak payahlah nak berlagak sesuci malaikat. Aku dah banyak kali jumpa nurse BIADAB. Diaorang ni tak boleh ditegur, akan MELENTING berjemaah. Makin besar kepalalah.

Loading...