Seorang pengguna FB Azri Walter telah mengkongsikan kisah beliau terserempak dengan seorang lelaki menaiki motosikal di sekitar Putrajaya dalam perjalan ke pejabat.
Apabila sampai sahaja di lampu isyarat, saya nampak seorang lelaki menaiki motosikal. Dari jauh macam tengah bawa sesuatu yang besar.
Jadi saya pun menghampiri beliau. Dia tengah angkat teddy bear. Saya pun tanya.
“Bang, besar teddy bear tu. Nak bawa ke mana tu?”
Dia buka facemask dan balas “Ya bang. Ini saya jumpa waktu kerja tadi. Dekat tempat sampah ada orang buang, saya ambil bang”
Saya pun tanya dia, nak bawa balik bagi anak ke? Kitaorang saling pandang memandang.
Brader bawak motosikal tu jawab
“Ya bang. Anak saya lagi mahu teddy bear. Kelmarin ada nampak di kedai. Tapi harganya mahal sangat. Boleh buat lauk makan keluarga bang. (Sambil ketawa). Ini bear tadi saya jumpa dekat tempat sampah, masih elok. Memang rejeki dia. Nanti saya basuh bersih, saya bagi dia mesti dia suka”
Sebak hati membaca respon yang diberikan oleh brader yang naik motosikal nie.
Saya pun tergamam kejap…lampu pun dah hijau. Saya sempat mengucapkan selamat jalan dan menyuruhnya berhati-hati pulang ke rumah, gaya macam nak hujan.
Abang memang ayah terbaik
Betul cakap Azri Walter ini, mungkin ramai yang lupa pengorbanan seorang ayah, tetapi begitulah kasihnya seorang bapa yang sanggup membuat apa sahaja untuk membahagiakan keluarga mereka.
Kami doakan agar murah rezeki brader yang naik motosikal ini. Semoga terus kuat semangat beliau dan nescaya setiap tanggungjawab yang dipikul ini ada ganjaran pahala di sisi tuhan.