Dah lama merancang nak ke Singapura, tapi nak buat apa selain ke Universal Studios Singapore? Jangan risau, jom kami kongsikan itinerary menarik sepanjang korang di sana.
Hari pertama
Meneroka Changi Airport
Flight pagi, sampai Changi Airport tak tahu nak ke mana? Jom la teroka aktiviti menarik di sini dulu.
Nikmati keindahan dan keunikan air terjun indoor tertinggi dunia, Jewel Rain Vortex. Boleh bergambar, OOTD atau rakam video untuk kenang-kenangan di sini. Banyak spot untuk angle gambar menarik. Tak ada idea? Scroll je TikTok.
Bukan tu je, ada Canopy Park dengan pelbagai aktiviti sesuai untuk sekeluarga. Antaranya:
Bouncing Net: Melompat di atas net sehingga 8 meter dari lantai, anak-anak mesti suka!
Hedge Maze: Macam main game maze puzzle versi realiti, baru tahu susah ke senang.
Walking Net: Ada berani berjalan 25 meter dari lantai? Hanya yang kental je boleh lakukannya, tapi percayalah memang thrill!
Mirror Maze: CUba sendiri pengalaman seperti masuk ke dalam kaleidoskop. Cantik sangat.
Canopy Bridge: Satu lagi spot bergambar paling aesthetic untuk Jewel Rain Vortex, siap ada lantai kaca untuk pengalaman paling imersif.
Illumi
Bayangkan ada 20 juta lampu LED dengan pelbagai tema berbeza. Ada tema dinosaur, pelbagai kucing yang comel-comel, haiwan di alam fantasi dan banyak lagi.
Pameran ini menggabungkan cahaya, bunyi dan multimedia untuk jadi yang pertama seumpamanya di Singapura!
Makan-makan di Mutiara Seafood
Tak sah kalau ke Singapura kalau tak mencuba menu-menu di Mutiara Seafood antaranya Chilli Crab. Ketam yang segar, penuh isi dan rasa yang tiada tandingan.
Hari ke-2
Bersiar-siar di Haji Lane & Kampong Gelam
Ikonik! Sebut Singapura mesti terbayang warni-warni di Haji Lane dan Kampong Gelam. Pelbagai jenis mural di dinding, aneka kedai dengan rekaan unik dan berseni menjadi trademark lokasi tarikan pelancong ini.
Nak dapatkan ole-ole untuk keluarga dan kawan-kawan? Ada yang serendah SGD1 je! Nak makan atau bergambar pun boleh.
Bagi pelancong Muslim boleh ambil peluang solat di Masjid Sultan yang tersergam indah. Bagi pelancong bukan Muslim juga boleh masuk untuk melihat sendiri keindahan seni bina masjid ini dengan lebih dekat.
New Bahru
Pernah terfikir sebuah sekolah yang tidak lagi digunakan ditransformasikan menjadi sebuah kluster kreatif, tempat makan dan kesihatan?
Semuanya ada di New Bahru. Bangunan sekolah diberi nafas baru dan menempatkan pelbagai kafe, kedai, bengkel seni, fesyen dan bermacam lagi.
ArtScience Museum
Jangan lupa juga pesan udang Sweet Sour, yang juicy, dimasak sempurna dan paling penting sudah dikupas kulitnya. Semestinya restoran wajib pergi di sini!
Percayalah, korang boleh luangkan masa berjam-jam di dalam ArtScience Museum ini tanpa bosan. Dari anak-anak sampailah orang dewasa mesti akan tertarik dengan setiap aktiviti di dalamnya.
Interaktif dan menyeronokkan bukan sahaja untuk belajar malah dapat bermain sekali. Setiap seksyen dibahagi dan dirancang dengan teliti seperti namanya Future World: Where Art Meets Science.
Hari ke-3
Masa untuk Sentosa Island!
Sinonim dengan Universal Studios Singapore (USS), sebenarnya banyak lagi tarikan menarik yang ada di sini.
Siapa sangka ada pantai sepanjang 2km iaitu Siloso, Palawan dan Tanjong di Sentosa Island ini?
Ambil masa untuk berjalan di pantai dan menikmati angin yang nyaman dari atas menara tinjau. Spot bergambar penting semestinya di atas jambatan gantung.
Kereta kabel dengan view mengagumkan
Nak melihat Singapura dengan view dari atas? Jangan lepaskan peluang menaiki kereta kabel dari pulau ini ke Mount Faber Peak.
Gayat, tapi sungguh berbaloi. Panorama satu Singapura boleh dilihat dari atas kereta kabel ini. Terdapat 6 perhentian kesemuanya sepanjang perjalanan.
Bergambar dengan selebriti ternama di Madame Tussauds
Bukan senang nak ‘berjumpa’ dengan selebriti, ahli sukan atau pemimpin terkemuka dunia dalam satu tempat, tapi di sini, semuanya ada!
Dari bintang Bollywood Amitabh Bachchan hinggalah pemain bola sensasi Cristiano Ronaldo, Queen Elizabeth sampai Dua Lipa pun ada di sini. Real sungguh, macam manusia betul!
Marvel 4D Cinema Experience
Pernah terfikir untuk betul-betul hidup dalam movie Marvel kegemaran ramai? Kalau jawapan korang ya, wajib untuk masukkan sekali Marvel 4D Cinema Experience ini dalam itinerary.
Slot ini adalah segmen terakhir dalam Madame Tussauds yang menjanjikan pengalaman realistik, imersif dan menjadi highlight sepanjang berada di muzium ini. Confirm tak rugi.
Gardens by the Bay
Pernah mengidam untuk menyaksikan sendiri keindahan fenomena Aurora Borealis di Iceland? Tak perlu lagi terbang jauh-jauh sebab di Singapura pun ada.
Borealis dibawakan di Gardens by the Bay oleh dari Switzerland, Dan Archer. Pameran secara percuma ini menggunakan instalasi cahaya dan awan buatan untuk menghasilkan Aurora Borealis yang menakjubkan.
Pertunjukan pada hari Isnin adalah pada jam 8 hingga 8.30 malam manakala pada Sabtu dan Ahad pada jam 9 hingga 9.30 malam.
Hari ke-4
Joo Chiat
Jalan-jalan sekitar Joo Chiat untuk lebih mendekati budaya dan kesenian masyarakat setempat di sini. Cari mural dan bangunan warisan yang antik dan sarat dengan nilai seni bina tidak hairanlah memenangi Architectural Heritage Awards.
National Public Library
Perpustakaan awam pertama atas saranan Stamford Raffles, pengasas Singapura moden, bangunan ini berawal dari tahun 1823 lamanya.
Bangunan ini pernah diubah suai pada 2022 dan dibuka semula pada Januari 2024 lalu sebagai tempat pembelajaran pelbagai peringkat usia.
Ayuh teroka keunikan dan pelbagai lagi tarikan menarik di Singapura. Lawati Instagram Visit_Singapore untuk lebih info lanjut.