Pelakon Yusuf Bahrin mencuri perhatian orang ramai apabila beliau dengan secara tidak sengajanya memanggil penyanyi, Zizi Kirana dengan gelaran sayang.
Menerui platform media sosial TikTok, seorang pengguna telah berkongsikan sebuah klip video yang diambil olehnya ketika kedua-dua selebriti tersebut sedang membuat live Instagram bersama.
Melalui perkongsiaan klip tersebut, kelihatan Yusuf berada di rumah ibunya bersembang bersama Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 36.
Saya kat rumah ibu ni sayang. Ehhh, nooo… Ibu sayang. Saya panggil ibu sayang.
Kata pelakon lelaki itu sambil tersipu malu selepas secara tidak sengaja memanggil Zizi dengan gelaran itu.
Meninjau di ruangan komen klip pengguna bernama @m3_micky itu, rata-rata orang ramai merestui hubungan mereka jika pasangan itu benar-benar bercinta.
Kepastian tentang sama ada kedua-dua pasangan itu menjalinkan hubungan ataupun tidak, masih belum diketahui dan sehingga kini, klip video tersebut telah meraih lebih dari 350,000 tontonan daripada pengguna TikTok.
Anda rasa bercinta ke tidak?
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.