Penyanyi BBNU tidak dinafikan memang menjadi kegilaan ramai terutama sekali golongan remaja, iyalah zaman sekarang asalkan ada rupa memang boleh popular. Namun, adakah mereka mempunyai kualiti tersendiri?
Itulah juga persoalan yang bermain di minda pelakon Syazwan Zulkifly yang meluahkan pendapat mengapa penyanyi baharu tidak mampu untuk menyampaikan lagu dengan baik ketika secara langsung. Jauh sangat bezanya berbanding dengan apa yang beliau dengar di radio.
Syazwan menasihati agar penyanyi baharu belajar dahulu teknik menyanyi dengan betul dan mengikut kelas vokal untuk memantapkan lagi persembahan mereka. Buat beliau, kualiti itu lebih penting daripada kuantiti.
Apa yang dikatakan Syazwan itu dipercayai sebagai kritikan buat penyanyi Sufian Suhaimi. Terdahulu, peminat Sufian juga mengakui kecewa dengan kualiti nyanyian beliau di pentas separuh akhir Muzik-Muzik 33. Bukan sahaja suara sumbang tetapi tiada penghayatan langsung.
Mungkin teguran Syazwan itu ada sedikit ‘keras’ tetapi tidak dinafikan kata-kata beliau itu ada betulnya. Harap pihak yang berkenaan dapat menerima segala kritikan dengan terbuka.
Sumber Berita : Syazwan Zulkifly

lentik
November 15, 2018 at 11:39 am
bagus ada org bersuara lantang camni dalam dunia hiburan. orang yg bekerja kuat utk menaikkan mutu industri..
bob
November 15, 2018 at 11:11 am
seronok baca komen engkorang. aku mudah terhiburrr hehe
bawang kecik
November 15, 2018 at 9:22 am
tajul
wani hasrita
pian
sejenis yang dlm radio kemyen mendayu2 …sekali live ..kelauts ..
hahahahahaha
Anonymous
November 15, 2018 at 8:19 am
– honestly akak lg jatuh cinta lgu “dimatamu” versi zamani, lg best lg meresap ke hati, maaf yer pian…
– vokal zamani lg match dgn lagu tu..dia bawa sesedap rasa & lenggok x over tp trus tangkap ke halwa telinga pendengar..
– lenggok pian dlm lagu tu akak susah nak hadam…x berapa merdu…sorry pian…
Anonymous
November 15, 2018 at 2:00 pm
setuju…beza betul pian ngn zamani nyanyi…lagu tu da mcm lagu zamani sndri…
Anonymous
November 16, 2018 at 8:54 am
Lagu dimatamu tu dah macam lagu zamani. Adik2 baru nak up ni kena pergi kelas vocal. Jauh beza kualiti penyanyi 90-an dengan yang baru. Kebanyakkan penyanyi baru buat live memang hancur. Bukannya baby pian je, baby wany pun sama. Sedih tengok performance diorang.
Gadis
November 16, 2018 at 8:58 am
Setuju dengan komen ni. Lagu “Dimatamu” dah macam lagu Zamani. Versi Zamani much much better dari original singer. Penyanyi2 baru kena masuk kelas vokal or apa2 kelas la. Bukannya baby pian je, baby wany pun sama, nyanyi live hancur teruk. Apa yang Syazwan cakap tu betul. Beza betul kualiti penyanyi 90-an dengan yang baru ni.
Anonymous
November 16, 2018 at 10:27 am
betul…
For Comparison, tgk viewer di youtube dah tau pendengar gemar yang mana (live version dimatamu):
– zamani (semi GV) : 5 hari tontonan, 1.7M views, 37K like, 9K komen (all positif komen)
– pian (semi AJL) : 7 hari tontonan, 200K views, 1.1K like, 750 komen (campur2 komen suka + tak suka)
**pendengar da bijak menilai**
Kenot
November 15, 2018 at 12:59 am
Apa yg dickp oleh syazwan tu mmg kenyataan betul, jadi penyanyi bkn sekadar boleh nyanyi mesti perlu ada ilmu dlm nyanyian, pergilh masuk kelas vokal. Tapi si syazwan ni pun kena jgk pergi kelas lakonan..kau berlakon pun mcm takde roh n penghayatan.. bagaimana kau nmpk suhaimi begitu jgk kau syazwan, pincang tau tak..