Semalam kita semua dikejutkan dengan penghantaran khas di lobi di sebuah bangunan mewah 39 tingkat dengan enam beg Foodpanda.
Bagi kita, pasti penghantaran ‘special’ yang akan dihulurkan kepada si pemesan makanan dengan beg berwarna merah jambu ini.
Tetapi berbeza dengan situasi kali ini, penghantaran ‘special’ yang dibuat oleh Andy Hickson, Dekan Fakulti Seni dan Komunikasi HELP University tidak disambut dengan gembira.
Hickson hadir lengkap bersut dan bertali leher membawa enam beg Foodpanda yang kotor. Apa yang lebih mengejutkan semua, beg ini berisi botol kosong, tin bir kosong, bekas makanan plastik dan barang buangan lain.
Dimanakah Hickson menemui beg ini? pasti anda semua pelik
Kesemua 6 beg ini dikutip olehnya dari tempat pembuangan sampah haram berhampiran hospital Orang Asli di Jalan Gombak.
Sebelum ini, Hickson pernah melaporkan penemuan longgokan sampah di kawasan itu bersama penduduk setempat.
Pada hari yang sama, Foodpanda mengumumkan akan melancarkan siasatan segera terhadap dakwaan banyak sampah syarikat itu dibuang di kawasan hutan berkenaan.
Syarikat penghantaran makanan itu juga berkata akan melawat tapak tersebut untuk melupuskan sampah Foodpanda.
Dua hari kemudian, Jabatan Kerja Raya (JKR) tampil untuk membersihkan kawasan berkenaan. Ia merupakan satu daripada 10 kawasan pembuangan sampah haram sepanjang 26km Jalan Gombak Lama-Bentong (FT068) di bawah pemantauan jabatan berkenaan.
Berkunjung semula ke kawasan tersebut
Lebih mengecewakan kunjungan Hickson ke kawasan tersebut mendapati tiada perubahan yang dilakukan.
Ambil keputusan untuk campur tangan
Saya ambil masa kira-kira tiga jam untuk mengisi beg berkenaan dengan pelbagai jenis sampah. Dalam proses itu, tangan saya terluka dan baju saya koyak.
Beliau tidak merancang untuk menyasarkan kepada Foodpanda, namun kerana kehabisan beg sampah, dia sedar bahawa beg-beg syarikat penghantar makanan itu dapat memuatkan lebih banyak sampah di kawasan berkenaan.
“Saya berjaya membawa keluar 15 beg.”
Kehadiran beliau tidak disenangi
Kehadiran beliau di lobi bangunan ini tidak disenangi oleh individu yang berkerja di bangunan berkenaan.
Selepas hampir sejam, sekumpulan polis bantuan diarahkan oleh pengurusan bangunan menghampiri Hickson dan bertanya sama ada dia mempunyai kebenaran rasmi berada di bangunan itu.
Beliau tegas dengan keputusannya untuk tidak meninggalkan bangunan tersebut jika wakil Foodpanda tidak berjumpanya. Tegasnya Foodpanda tidak ada hak untuk membuang beg mereka di kawasan hutan tersebut.
Hickson bertemu pengurusan Foodpanda
Kesemua enam beg berisi sampah ini dibawa ke tingkat 37 yang menempatkan pejabat syarikat penghantar makanan itu. Hickson kemudiannya dipanggil berjumpa pengurusan Foodpanda.
Dua individu yang berjumpa saya ramah. Mereka kata mereka mahu buat sesuatu tentang perkara ini dan memberi gambaran mahu bekerjasama dengan saya.
Tapi bagi saya, penyelesaian yang lebih baik adalah jika mereka melibatkan penduduk setempat.
Penduduk di Gombak hanya mahu hutan yang bersih. Mereka semua mahu membersihkan sampah yang mencemarkan tanah, sungai dan anak-anak mereka.
Sebelum ini Hickson menemukan kawasan pembuangan sampah tersebut apabila sedang mendaki di kawasan itu. Beliau berasa terkejut apabila melihat pencemaran sampah-sarap pada skala industri.
Semasa mengambil gambar sampah-sarap itu, beliau perasan ada banyak sampah Foodpanda membuatkan beliau memasukkan video dan beberapa keping gambar ke dalam akaun Facebook miliknya hingga mendapat perhatian media.