Dek Perintah ‘Lockdown’, Rakyat India Nikmati Pemandangan Gunung Himalaya Dengan Jelas Kerana Udara Bersih

COVID-19

Dek Perintah ‘Lockdown’, Rakyat India Nikmati Pemandangan Gunung Himalaya Dengan Jelas Kerana Udara Bersih

Bagi memastikan bahawa wabak COVID-19 dapat dibendung secara menyeluruh, banyak negara yang terjejas telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan atau pun perintah berkurung termasuklah negara India.

Tapi tidak disangka dengan arahan itu, negara tersebut yang terkenal dengan pergunungan Himalaya kini dapat melihat kecantikan alam semula jadi itu dengan pemandangan yang sangat jelas tanpa sebarang pencemaran udara.

Advertisement

Pergunungan Himalaya terkenal di seluruh dunia kerana memegang rekod sebagai banjaran yang terpanjang selain turut mempunyai puncak gunung tertinggi iaitu Gunung Everest.

Sepanjang hujung minggu lepas, semua orang dapat melihat pemandangan unik yang jarang berlaku dan kemungkinan kali terakhir ianya dilihat ialah semasa Perang Dunia Kedua.

Kebanyakan jurugambar di India tidak melepaskan peluang keemasan ini dan menyerbu ke atas bumbung bagi merakamkan pemandangan yang mustahil ini. Kecantikan gunung tersebut hanya mampu dilhat ramai setelah udara bersih dek semua orang yang berada di rumah kerana perintah berkurung yang berlangsung selama 21 hari.

Bahkan penduduk India daripada bandar sejauh Punjab dapat menyaksikan cahaya putih bersinar di ufuk tersebut dan menyedari bahawa ia adalah salji yang menutupi puncak Himalaya. Bayangkan daripada jarak 230 kilometer pun, anda dapat menikmati pemandangan tersebut dengan mata kasar.

Tapi sayangnya, ini mungkin adalah kali terakhir generasi kini dapat melihat kecantikan Himalaya secara jelas kerana apabila semua orang kembali menjalani kehidupan seperti biasa, pemandangan tersebut akan dilindungi kembali.

Peluang sekali seumur hidup buat rakyat India untuk menikmati pemandangan Himalaya dengan jelas sebegitu.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...