Rasanya ramai sekarang ini yang sedar bahawa virus COVID-19 bukan lah satu perkara yang boleh dipandang enteng kerana sudah banyak nyawa yang terkorban. Antara dua golongan yang lemah terhadap penyakit ini ialah golongan tua dan kanak-kanak. Jadinya pencegahan yang lebih rapi seharusnya dititikberatkan oleh mereka yang mudah dijangkiti.
Sepanjang isu COVID-19 mula kecoh, orang ramai telah disarankan supaya menggunakan topeng muka dan sentiasa membersihkan tangan dengan cecair pembasmi kuman (‘hand sanitizer’). Disebabkan oleh pesanan ini, boleh dikatakan semua kedai yang menjual bekalan barangan tersebut telah kehabisan stok dan ramai yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkannya.
Walaupun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri telah menguar-uarkan langkah pencegahan ini, masih ada lagi pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu mengatakan bahawa cecair pembasmi kuman sebenarnya tidak berfungsi untuk menghalang jangkitan COVID-19.
Tidak betah dengan penularan info salah itu, Dr Amalina Bakri telah memuat naik informasi mengenai kepentingan cecair pembasmi kuman kerana kandungan 60-95% alkohol didalamnya mampu membersihkan tangan dengan baik.
This info about COVID-19 has been circulating around on social media. This is wrong advice. Alcohol-based sanitizer that contains 60-95% alcohol is effective to clean your hands. pic.twitter.com/D0fuPDVJtr
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) March 3, 2020
Menerusi laman Twitternya, Dr Amalina menjelaskan bahawa selain daripada menggunakan cecair pembasmi kuman, orang ramai turut digalakkan membasuh tangan selama 20 saat lamanya. Tambahan pula, sekiranya tangan mereka adalah sangat kotor.
Yes, washing your hands with soap and water for 20 seconds is better especially if your hands are visibly dirty. But using hand sanitizer is better than not washing your hands at all.
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) March 3, 2020
Pun begitu, doktor bedah wanita ini juga mengingatkan bahawa cecair pembasmi kuman bukanlah alasan semua orang untuk tidak membasuh tangan. Hanya gunakan alternatif tersebut sekiranya anda tiada kesempatan untuk membasuh tangan menggunakan air dan sabun.
Please remember that hand sanitiser should not be a replacement to washing your hands but only use it if you can’t wash your hands. Whatever it is, remember to wash your hands regularly guys!
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) March 3, 2020
Pesanan ini diharapnya dapat difahami oleh kesemua penduduk Malaysia. Sekiranya semua mengikuti langkah pencegahan yang betul, nescaya kita dapat mengekang virus COVID-19 daripada terus merebak.
Jangan lupa untuk dapatkan stok cecair pembasmi kuman dan topeng muka di kedai berdekatan!