Dek Neelofa, Perkataan ‘Deen’ Mula Popular Kini

Hiburan

Dek Neelofa, Perkataan ‘Deen’ Mula Popular Kini

Umum mengetahui bahawa Neelofa merupakan antara selebriti yang berpengaruh di Malaysia, jadi tak peliklah apabila segala tindak-tanduknya menjadi perhatian ramai.

neelofa dan pu riz bernikah
4 years ago

(TAHNIAH) Neelofa Dan PU Riz Sudah Sah Bergelar Suami Isteri

Advertisement

Terbaru, disebabkan oleh penggunaan perkataan ‘Deen’ telah menjadi tular dalam kalangan netizen Malaysia dan juga digunakan oleh segenap pengguna media sosial.

Perkataan yang membawa maksud agama sohor itu menjadi popular apabila Neelofa memuat naik sekeping gambar bersama suaminya, PU Riz selepas selesai majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Grand Ballroom di Hotel Grand Hyatt pada Sabtu lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Menerusi perkongsian tersebut, usahawan wanita itu menggambarkan PU Riz sebagai pelengkap kepada separuh agamanya daripada bait kapsyen yang ditulis.

“You complete half of my Deen, Alhamdulillah (Awak sudah melengkapkan separuh daripada agama saya.”

Malah kebanyakan peminat pasangan itu juga mula menzahirkan keinginan untuk mendirikan masjid sendiri dengan tujuan untuk melengkapkan agama masing-masing.

neelofa dan pu riz bernikah

Bukan itu sahaja, ramai yang turut terpegun melihat sentuhan dekorasi majlis bermakna tersebut yang diinspirasikan daripada suasana Jabal Rahmah. Dengar cerita, ada segelintir yang turut menanda idea konsep perkahwinan Neelofa dan PU Riz itu sebagai ilham untuk persandingan mereka nanti. Wow!

Semoga Neelofa dan PU Riz berbahagia!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...