Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dejavu Di Kinabalu Tiru Drama Korea Summer Scent?

Seperti biasa, semalam Abang Nara membaca Pancaindera untuk mengetahui perkembangan dunia hiburan Malaysia. Antara banyak artikel yang dikeluarkan, Abang Nara tertarik dengan tulisan Joyah Spot yang bertajuk “Dejavu Kinabalu ‘tiru’ Summer Scent?. Ini kerana sebelum ini memang Abang Nara ada menerima email daripada pembaca BeautifulNara yang menyatakan persamaan dua drama ini.

dejavu di kinabalu

Advertisement

Abang Nara petik sedikit tulisan Joyah Spot mengenai persamaan drama ini:-

Memang sahlah, Dejavu Kinabalu sama dengan Summer Scent, bukan sahaja ceritanya tapi plotnya pun sama. Joyah boleh kata macam tukar orang Korea dengan orang Melayu sahaja. Tukar tempat di Korea dengan tempat di Sabah.

Joyah sangat yakin persamaan ini, bab pindah jantung itu memang ketara sangatlah. Joyah tanya beberapa orang kawan yang juga ?kaki drama Korea”, mereka pun kata begitu juga.

Skrip drama Dejavu Kinabalu ditulis oleh Erma Fatima. Ada orang kata mungkin secara kebetulan, ceritanya sama. Joyah tak menolak bab itu. Tapi persamaan cerita berbeza dengan persamaan plot. Takkan plot pun secara kebetulan juga?

Joyah tak menuduh Dejavu Kinabalu ciplak Summer Scent. Cuma Joyah hairan kenapa persamaannya terlalu terperinci sangat. Kalau ada yang kurang percaya cakap Joyah, silalah tonton Dejavu Kinabalu dan ingat kembali Summer Scent.

Abang Nara tak sempat tengok drama Dejavu Di Kinabalu namun sebelum ini memang sudah layan drama Summer Scent. Sememangnya ada plot pemindahan jantung berlaku. Adakah Erma Fatima tidak sengaja atau sememangnya terpengaruh dengan drama Summer Scent semasa menulis skrip dramanya ini? Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Erma Fatima berkaitan hal ini.

dejavu di kinabalu

PS : Korang semua mungkin sudah tahu quality hangbag buatan Korea, tak kesahlah ianya Ori, Imitation ataupun Inspired design. Vanitymask ada membuat Pre-order bag & handbag sempena Raya 2012 ini. Tapi korang perlu ingat ini adalah Pre-Order, bukan Ready-Stock yang bermaksud kalau korang order sekarang, barangnya akan dapat dalam jangka masa 2 minggu. Pre-Order ini bermula daripada 30hb July sehingga 5hb Ogos 2012. Selepas 5hb Ogos, korang dah tak boleh order dah, sebab takut tak sempat pihak VM nak pos sebelum Raya. Klik disini untuk melihat apa yang ditawarkan oleh VanityMask kali ini. Selamat berpuasa!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

95 Comments

  1. Nia

    July 31, 2012 at 8:21 am

    ni la org yg x nk bkembang maju..OPEN la sikit…
    klu citer korea d melayukan, x salah rasanya..
    tgok je mcm citer meteor garden (taiwan) ke hana yori dango (jepun)..ke boys over flower (korea)ke “ape ntah tajuk dia” (china) ke cinta putih abu² (indonesia)..sume jalan citer yg sama…x de beza pn…salah ke…citer yg sama versi yg berlainan…adesh~

    • Wadip

      July 31, 2012 at 9:07 am

      Bukan masalah open minded ke narrow minded ke, tapi ni masalah originaliti. Kalau satu dua cerita ciplak takpe, ini mmg byk! Pastu ckp idea sendiri. Hipokrit betul. Sorry to say, but it shows that our producers are very lacking of ideas. Idea utk meniru mungkin banyak. Tapi idea yang datang dari kepala sendiri tu mmg kurang. Kalau ada pun sikit2 cinta, pastu rempit2, drift kereta sana sini sikit, hantu dan lawaknya yang lame, and the list does not go on. Haha.

  2. Mak jemah pemalu

    July 30, 2012 at 10:19 pm

    Mule2aku tgk beh r, ni dh nak hbeh asyikcinta cinta cinta…bosan aku.bek aku layan BAITUL RAHMAH TV1lagi beh,cite anak2tinggal mak die kat umah org tue..ape2pun lakonan dorang dlm DDK ni memang beh…aku ,inat kawan nadira, Uzra berlakon beh…

  3. zbm

    July 30, 2012 at 9:44 pm

    filem hindi pun ada gak filem pindah jantung ni dlm 7 thn lepas lakonan salman khan n preity zinta . tp pe2 pun aku layan gak ddk.

  4. hokaido

    July 30, 2012 at 9:38 pm

    xtgk pn citer ni bosan laaa lyn citer tamil lg bgs

  5. Peminat K-Drama

    July 30, 2012 at 4:20 pm

    Cerita Korea memang best.. Sebab tu Indonesia, Filipina,Malaysia suka tiru..
    Yang aku tahu je lah.. Sinetron benci bilang cinta tiru Princess Hour.. Endless Love tiru Autumn in My Heart, Stairway to Heaven ..Malaysia Dejavu di Kinabalu.. Banyak lagi tapi lupa ..
    Yang benci sangat Korea dipersilakan !! Kesah pulak aku

Loading...
To Top