July 30th, 2012

Seperti biasa, semalam Abang Nara membaca Pancaindera untuk mengetahui perkembangan dunia hiburan Malaysia. Antara banyak artikel yang dikeluarkan, Abang Nara tertarik dengan tulisan Joyah Spot yang bertajuk “Dejavu Kinabalu ‘tiru’ Summer Scent?. Ini kerana sebelum ini memang Abang Nara ada menerima email daripada pembaca BeautifulNara yang menyatakan persamaan dua drama ini.

dejavu di kinabalu

Abang Nara petik sedikit tulisan Joyah Spot mengenai persamaan drama ini:-

Memang sahlah, Dejavu Kinabalu sama dengan Summer Scent, bukan sahaja ceritanya tapi plotnya pun sama. Joyah boleh kata macam tukar orang Korea dengan orang Melayu sahaja. Tukar tempat di Korea dengan tempat di Sabah.

Joyah sangat yakin persamaan ini, bab pindah jantung itu memang ketara sangatlah. Joyah tanya beberapa orang kawan yang juga ?kaki drama Korea”, mereka pun kata begitu juga.

Skrip drama Dejavu Kinabalu ditulis oleh Erma Fatima. Ada orang kata mungkin secara kebetulan, ceritanya sama. Joyah tak menolak bab itu. Tapi persamaan cerita berbeza dengan persamaan plot. Takkan plot pun secara kebetulan juga?

Joyah tak menuduh Dejavu Kinabalu ciplak Summer Scent. Cuma Joyah hairan kenapa persamaannya terlalu terperinci sangat. Kalau ada yang kurang percaya cakap Joyah, silalah tonton Dejavu Kinabalu dan ingat kembali Summer Scent.

Abang Nara tak sempat tengok drama Dejavu Di Kinabalu namun sebelum ini memang sudah layan drama Summer Scent. Sememangnya ada plot pemindahan jantung berlaku. Adakah Erma Fatima tidak sengaja atau sememangnya terpengaruh dengan drama Summer Scent semasa menulis skrip dramanya ini? Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Erma Fatima berkaitan hal ini.

dejavu di kinabalu

PS : Korang semua mungkin sudah tahu quality hangbag buatan Korea, tak kesahlah ianya Ori, Imitation ataupun Inspired design. Vanitymask ada membuat Pre-order bag & handbag sempena Raya 2012 ini. Tapi korang perlu ingat ini adalah Pre-Order, bukan Ready-Stock yang bermaksud kalau korang order sekarang, barangnya akan dapat dalam jangka masa 2 minggu. Pre-Order ini bermula daripada 30hb July sehingga 5hb Ogos 2012. Selepas 5hb Ogos, korang dah tak boleh order dah, sebab takut tak sempat pihak VM nak pos sebelum Raya. Klik disini untuk melihat apa yang ditawarkan oleh VanityMask kali ini. Selamat berpuasa!


95 responses to “Dejavu Di Kinabalu Tiru Drama Korea Summer Scent?”

  1. Anonymous says:

    adat..tiru meniru katanya inovatif..

  2. Peminat Najwa Latif says:

    citer ni makin membosankan dengan watak heroinnya dan banyak sangat watak pompuan gila, cepat2 la habis… lebih suka gemersik kalbu lagi yang tak jemu ditonton.

  3. halimah jongang says:

    cite ni makin meluat aku..nadira mengada2 nak mampos mementangla ramai yg syg n concern pasal dia..sian si nak jadi tunang bazli tu,sbb nadira x guna ni,tros x jadik tunang..arghhh cecepat la abeh cita ni,boring mengarut xbes lgsg asyik2 teringat asyik2 teringat.

  4. akulah ziana zaing says:

    x sabar nak tunggu cite ni abis, sungguh merapu n membosankan. Baik aku layan crite “bukan bidadari” selasa TV3 jam 9pm.

  5. liza says:

    Cerita Dejavu Di Kinabalu ni indah khabar dari rupa. Makin lama, makin merepek. Baik2 character Ammar best, towards the end, naik rimas dgn both Ammar n Nadira. So pathetic!!!! Bazli jugak yg best. I think Gemersik Kalbu lagi two-thumbs up. Never missed it. Loved Aqasha’s character in it, so naughty n cute. Ayu Raudah pun lagi best dari Tizz Zaqyah.

Loading...