Kecoh sejak beberapa hari lalu mengenai pensohor media sosial dan juga usahawan, Alif Teega yang memaklumkan dia sudah bernikah kali kedua bersama seorang wanita bernama Fatin Umaidah.
Isu itu membuatkan netizen berasa panas hati dan bersimpati terhadap nasib isteri pertama Alif, Aisyah Hijanah.
Lebih mengeruhkan keadaan adalah apabila muncul banyak akaun media sosial palsu didakwa milik Fatin sekaligus netizen menyifatkan wanita itu sebagai tidak tahu malu kerana dianggap telah ‘merampas’ kebahagiaan rumah tangga orang lain.
Maklum dengan kekecohan itu, Alif tampil memberi penjelasan menerusi satu hantaran TikTok di mana lelaki itu memaklumkan isteri keduanya itu tidak mempunyai sebarang media sosial.
Berikutan itu, netizen mula mengecam Alif dan mendakwa lelaki itu cuba membela isteri keduanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.