Pempengaruh dan usahawan, Opai, baru-baru ini, telah mendedahkan jumlah wang yang dimiliki oleh personaliti media sosial sensasi, DMA Islam melalui konten yang dibuat atas talian.
Dapat dilihat melalui video yang dimuat naik di platform TikTok itu, Opai atau nama sebenarnya, Aliff Awang berkata dirinya mengidolakan DMA Islam kerana mempunyai simpanan wang sebanyak RM100,000.
Dalam pada itu, dia turut sempat mendedahkan bahawa DMA Islam meraih pendapatan berbelas ribu ringgit untuk setiap bulan melalui konten yang dihasilkan di platform media sosial.
Setiap bulan dia buat RM18,000 ke RM15,000 minimum. Dia cakap dengan aku, walaupun kalah dalam perlawanan tinju, perkara ini tak menjejaskan akaun bank dia.
Suami kepada pelakon, Fatin Afeefa itu turut meninggalkan pesanan buat kakitangannya untuk terus berusaha mengubah hidup menjadi lebih baik di masa akan datang.