Seorang wanita berusia 106 tahun mendakwa faktor dan sebab dirinya masih bernafas sehingga ke hari ini adalah disebabkan agama dan tabiatnya memakan makanan segera Big Mac dari McDonald’s, lapor akhbar tabloid Daily Star.
Warga emas bernama Dorothy Nedd yang berasal dari Philadelphia Selatan di Pennsylvania khabarnya baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke 106 pada hari Jumaat minggu lalu.
Meskipun sudah lanjut usia, Dorothy kelihatan sihat walafiat dan kini hidup di samping cucunya, Zulema yang sentiasa menjaga keperluan hariannya.
Maklum cucunya itu, makanan kegemaran Dorothy adalah hidangan Big Mac dan akan memesannya setiap minggu selepas pulang dari gereja.
“Kami akan ke McDonald’s pada setiap hujung minggu dan nenek akan memesan hidangan Big Mac.” kata Zulema.
Jelasnya lagi, Dorothy jarang memakan hidangan yang lain apabila memesan makanan daripada restoran makanan ringan itu selain Big Mac.