Dedah Lebih Banyak Menangis, Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Proses IVF Anak Kedua

Hiburan

Dedah Lebih Banyak Menangis, Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Proses IVF Anak Kedua

Umum mengetahui bahawa penyanyi No1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sedang hamil anak kedua hasil daripada rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF).

Sempena hari lahirnya yang ke-42, Siti telah berkongsi proses rawatan tersebut dengan peminat menerusi sebuah video berdurasi 16 minit yang di muat naik di laman YouTube miliknya.

Advertisement

“Proses kehamilan kali ini sama rasanya seperti Aafiyah dulu, cuma kali ini saya banyak menangis.”

Kata penyanyi wanita itu, kehamilan kedua ini melengkapkan dirinya sebagai seorang ibu. Bahkan Siti mendedahkan bahawa percubaan kali ini sangat mendebarkan memandangkan sebelum memiliki Aafiyah, beliau sudah beberapa kali menempuhi kegagalan semasa melalui proses IVF.

Dedah Siti, beliau memulakan proses suntikan IVF pada 14 Ogos 2020 (Jumaat) dan kemudiannya perlu mberehat di rumah selama 10 hari selain perlu berwaspada dalam setiap pergerakan termasuklah ketika menjalani ibadah solat.

“Perjalanannya sama seperti Aafiyah dulu. Walaupun ada lif di dalam rumah, saya tidak turun ke tingkat bawah dan hanya makan di dalam bilik. Saya elakkan makan pedas dan separuh masak serta hanya mengambil makanan berkhasiat sahaja.”

siti nurhaliza

Kehamilan kali kedua ini juga dikatakan lebih mudah berbanding yang pertama memandangkan bayi itu sudah ada. Bahkan tarikhnya juga sama dengan Aafiyah, cuma anak sulung Siti itu dicucuk dahulu.

“Proses sama macam proses kehamilan Siti Aafiyah, melalui proses IVF. Cuma kali ini lebih simple sebab baby tu dah ada, dia sama tarikh dengan Aafiyah, cuma Aafiyah saya mulakan dengan cucuk dan sebagainya. Tapi kali ini saya cuma makan beberapa ubat bagi persediaan untuk baby itu masuk dalam perut saya.”

Walaupun doktor meninggalkan pesanan supaya menjalani ujian kehamilan pada hari kesepuluh, tapi dek rasa teruja, Siti mengakui bahawa beliau telah melakukan ujian tersebut seawal hari keenam.

siti nurhaliza

Alhamdulillah, rezeki Siti dapat memiliki sepasang anak. Semoga kehamilan kedua ini berjalan dengan lancar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...