Dedah Foto Mata Lebam Zahnita Foto Lama, Anak Sulung Tampil ‘Back Up’ Bapa

Trending

Dedah Foto Mata Lebam Zahnita Foto Lama, Anak Sulung Tampil ‘Back Up’ Bapa

Anak sulung kepada pelakon dan model, Zahnita Wilson iaitu Zahrafeena mendakwa pendedahan yang dibuat oleh ibunya sudah dirancang lebih awal.

Dia memberitahu gambar bahagian mata kiri dalam keadaan lebam yang pernah dikongsikan oleh pelakon itu didakwa gambar lama.

Advertisement

 

Di sekolah cikgu ada tanya adakah saya dipukul? Saya jelaskan tiada siapa yang dipukul dan gambar dikongsikan.

Zahrafeena atau lebih mesra dipanggil Zahra tidak menafikan konflik keluarganya ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap dirinya apatah lagi dia kini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Memetik dari Mstar, dia turut memberitahu dia kecewa dengan sikap ibunya yang dilihat seperti mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

anak sulung zahnita

Sebagai anak, saya memang kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Nak fikir SPM, fikir tentang dia (Zahnita) lagi. Apa yang ibu buat ni pada masa yang tak tepat.

 

Ibu bagaikan tak ambil kisah tentang saya yang sedang menduduki SPM. Dia lebih fokus tentang diri sendiri.

Dia turut menambah, hubungannya dengan Zahnita juga menjadi tegang apabila dia sering dijadikan orang tengah setiap kali berlaku masalah di antara ibu bapanya.

Zahra akui dia juga lebih selesa untuk menetap bersama bapanya selepas Zahnita bertindak keluar dari rumah dan berpindah ke tempat lain.

zahnita dan suami

Rasanya tak perlu libatkan saya dalam masalah ni sebab ni isu orang dewasa.

 

Tiada siapa yang paksa saya. Saya yang nak tinggal dengan ayah. Tinggal dengan ayah lebih tenang.

 

Saya boleh saja jumpa ibu sebab rumah tak jauh dari sini tapi saya pilih untuk tak berjumpa sebab kebelakangan ni ibu selalu marah bila berjumpa.

Terdahulu, Zahnita berkongsi gambar menerusi akaun Instagramnya memaparkan mata belah kirinya dalam keadaan lebam.

Zahnita muat naik foto mata lebam
1 month ago

Zahnita Wilson Muat Naik Foto Mata Lebam Seakan Dipukul? - "Ini Punca Saya Tinggalkan Rumah, Pakai Kaca Mata"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...