Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dedah Cukai Pendapatan Hampir RM800 Ribu, Netizen Cuba Rungkai Pendapatan Sebenar Dato’ Rizalman Ibrahim

Tampil membicarakan mengenai kepentingan berzakat dalam kehidupan seorang muslim, pereka fesyen terkenal yang kini juga usahawan, Dato’ Rizalman Ibrahim telah bersiaran secara langsung di Instagram bagi melontarkan pandangan dan berbincang mengenai isu tersebut.

Sesi yang dinamakan sebagai ‘Berat Tapi Berkat’ itu turut menampilkan Ustaz Ahmad Husni daripada Unit Syariah Pusat Pungutan Zakat di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk tampil membincangkan mengenai topik hangat itu.

Dato Rizalman Ibrahim

Advertisement

Dato Rizalman Ibrahim
Namun yang lebih menarik perhatian, dalam sesi kedua sesi ‘live’ tersebut, Rizalman ada menyebut mengenai jumlah cukai pendapatannya untuk tahun 2020 adalah sebanyak kira-kira RM800,000.

 

View this post on Instagram

A post shared by rizalman71 (@rizalman71)

“Saya ambil contoh, macam tahun ini, akauntan saya kiran income tax saya adalah sebanyak RM800,00 dan jumlah itu pengiraan gaji, pendapatan peribadi yang lain dan syarikat-syarikat saya beserta royalti dan sebagainya.”

Advertisement

Para pengikut dan peminat pereka fesyen terkenal itu rata-rata meluahkan rasa teruja dan ada yang tertanya-tanya berapakah jumlah sebenar pendapatan Datuk Rizalman selama ini.

Malah ada juga yang kagum dengan sifat rendah diri Rizalman yang tidak menunjuk-nunjuk kekayaan dengan membeli kereta berjenama mewah seperti selebriti-selebriti yang lain.

Netizen cuba meneka pendapatan Rizalman Ibrahim Netizen cuba meneka pendapatan sebenar Rizalman Ibrahim

Sering berkongsikan perkara-perkara bermanfaat menerusi ruangan Instagram miliknya, ramai juga netizen yang tampil mengucapkan terima kasih kepada Rizalman kerana sering memuat naik isu-isu berkaitan agama yang dapat membuka mata masyarakat supaya lebih cakna dan prihatin dalam kehidupan.

SUMBER : Instagram Dato' Rizalman Ibrahim
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Sentiasa doakan orang ye sahabat semua.

    December 29, 2020 at 8:56 am

    alhamdulillah ade muslim yang berjaya mcm rizalman. We need more and more muslims like this.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top