Pelakon, Bella Dowanna tampil bersuara selepas Saidah Kamarudin mendedahkan pertunangannya terlerai bersama pelakon, Muntazar Ghufran atas faktor kewangan.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Storynya, Bella mempersoal mengapa pasangan itu memilih untuk mengikat tali pertunangan sekiranya masalah kewangan itu sudah muncul dari dulu.
Bukan itu sahaja, dia juga seolah-olah menyalahkan Saidah yang bersetuju untuk mendirikan rumah tangga meskipun ketika itu masing-masing tidak mempunyai wang.
Dah putus amboi bukan main, dah tahu dia macam tu nak tunang juga kenapa sis?
Dia jadi PA awak, balaci awak, kuli awak, videographer tak berbayar content-content awak, driver awak hari-hari tau kat set, mana tak habis duit dia?
Dahlah, diam je jangan nak bising sangat. Remember, there’s always two sides of the story.
Dalam pada itu, dia turut mempersoal sama ada akaun bank milik Saidah mencecah puluh ribu ringgit.
Pastu, dalam account kau ada RM50K ke? Sama-sama je sangkak.
Sebelum ini, kecoh apabila Saidah mendakwa bekas tunangnya, Muntazar menggodam akaun TikToknya yang dipercayai telah menghantar mesej peribadi kepada rakan-rakannya.
Sekadar info, Saidah dan Muntazar mengikat tali pertunangan pada Mei tahun lalu namun mereka disahkan berpisah pada Oktober tahun yang sama.