October 24th, 2019

Sejak tampil dengan imej baru, apa sahaja yang dilakukan oleh pelakon Emma Maembong pasti akan menjadi perhatian ramai. Ada yang memuji dia bertambah cantik dan fesyen yang digayakan juga menarik.

emma maembong

Namun, perkongsian gambar Emma di Instagram mengundang kritikan. Rata-rata netizen mempertikaikan mengapa dia memakai loket namanya dalam tulisan Jawi sedangkan dia tidak menutup aurat.

emma maembong loket tulisan jawi

Agak tidak manis dipandang dan boleh menimbulkan salah faham jika ada orang bukan Islam mengaitkannya dengan kalimah Al-Quran.

“Dedah aurat tapi pakai loket tulisan

Jawi”

emma maembongemma maembong loket jawiemma maembongemma maembongemma maembongRasanya perkara ini tidak perlu dijadikan isu besar, jangan cepat mengkritik orang lain jika kita sendiri tidak pasti hukum memakai loket Jawi sebagai perhiasan. Lebih baik merujuk kepada mereka yang lebih arif dan berilmu dalam bab agama. Apa pula pendapat anda?


15 responses to “Dedah Aurat, Netizen Pertikai Emma Maembong Pakai Loket Tulisan Jawi”

  1. korok says:

    tu bukan loket tulisan ALLAH netizen woi…kan tulis nama dia fatimah…adoi hai…klo dia pakai loket iluminati korg kecoh lagi kang..sumer x kena la korg ni

  2. lyn says:

    Aritu sibuk nk menaikkan tulisan jawi..skrg bile dh tulis nama guna jawi pun nk pertikai ke?kat negara arab tu sume tulisan jawi..bda2 haram pun tulisan jawi..tak tau ye beza tulisan jawi dengan ayat al-quran?ni mesti dok mana2 ceruk tak tau perkembangan dunia..

  3. Nor izah says:

    Tulisan Fatimah dlm bentuk Jawi.

  4. Anonymous says:

    yg tak boleh tu ayat quran. jawi takde masalah pun lagipun ejaan jawi tu nama dia. apa la masalah netizen ni. tak pergi sekolah ke?

  5. haha says:

    lol..buat lawak la netizen ni..nampak sangat akai netizen memang level rendah..woi tu tulisan aje woii bukan ayat quran pon..hadamkan dulu beza tulisan dengan ayat suci quran

Loading...