Death Whisper Adaptasi Dari Filem Seram Popular Korea Yang Mengangkat Isu Buli Sebagai Tema

Trending

Death Whisper Adaptasi Dari Filem Seram Popular Korea Yang Mengangkat Isu Buli Sebagai Tema

Bagi peminat filem Korea anda pastinya tahu mengenai filem seram berjudul Whispering Corridors (1998). Kali ini dengan garapan berbeza, filem seram Indonesia Death Whisper mengadaptasi filem yang pernah mencetuskan fenomena di Korea Selatan itu.

Death Whisper mengisahkan tentang Alex yang diterima masuk di sebuah sekolah terkenal bernama ‘Abdi Bangsa’. Namun ianya hanya indah khabar dari rupa kerana sekolah tersebut mengamalkan budaya ‘senior-junior‘ yang melibatkan buli secara fizikal dan mental.

Advertisement

poster filem death whisper
Walaupun merupakan filem adaptasi, Death Whisper menjadikan isu buli di sekolah sebagai fokus utama sedikit berbeza dari filem asal. Seperti yang kita tahu, isu buli merupakan isu hangat pada masa kini.

filem death whisper
Karekter Alex yang dibawakan oleh Angga Yunanda merupakan anak kepada ahli psikik terkenal yang boleh melihat makhluk halus. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila senior mereka mengetahui mengenai perkara tersebut.

Kes buli sebagai isu utama

Walaupun bergenre filem seram, filem ini mengangkat isu buli sebagai fokus utama penceritaan. Layanan berbeza diberikan mengikut kepada tahap senior-junior mereka. Pelajar baru dilayan seperti hamba berbeza dengan senior di tahun ketiga.

filem death whisper
Tiga senior terdiri daripada Andre, Erika dan Fahri antara yang sering membuli Alex. Selepas trio ini mengetahui Alex boleh melihat makhluk halus mereka memintanya untuk berhubung dengan roh di sekolah.

Berlakunya kesilapan semasa ritual dilakukan yang menyebabkan satu roh jahat mula melakukan kekacauan di sekolah dan menyebabkan beberapa insiden terjadi. Nak tahu insiden apa yang berlaku? Kena lah tonton di pawagam nanti.

filem death whisper
Pujian harus diberikan untuk filem ini kerana walaupun bergenre seram tetapi masih ada mesej yang cuba disampaikan untuk dijadikan sebagai pengajaran. Terutamanya isu buli yang semakin dipandang serius dalam masyarakat.

Jadi jangan lupa saksikan filem Death Whisper di pawagam bermula 22 Ogos 2019 ini untuk anda tahu apakah kesudahan kisah Alex dan lain-lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...