DBKL Batal Rancangan Naikkan Kadar Parking Di TTDI

Trending

DBKL Batal Rancangan Naikkan Kadar Parking Di TTDI

Warga Taman Tun Dr Ismail menghembuskan nafas lega kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan kadar parkir baharu di situ.

Advertisement

Langkah itu berkuatkuasa serta-merta susulan bantahan orang ramai terhadap kadar parkir baharu yang dilaksanakan di beberapa kawasan di Kuala Lumpur.

Kadar parkir baharu itu dikenakan pagi Isnin lalu. Ramai yang membantah langkah yang menurut Datuk Bandar Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas dan mengalakkan perkongsian kenderaan dalam bandaraya.

Kawasan terkesan termasuk Bukit Bintang, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Bukit Damansara, Solaris Mont Kiara, TTDI dan Bangsar.

Bagaimanapun selepas mesyuarat DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pagi tadi, Amin mengumumkan TTDI dikecualikan daripada senarai.

“Selepas mengambil kira pandangan semua pihak, Dewan Bandaraya mengambil keputusan untuk kembalikan kadar parkir lama di TTDI memandangkan ia kawasan perumahan,” katanya.

Awal minggu ini, The Star melaporkan DBKL menaikkan kadar parkir di kawasan pusat perdagangan (CBD) sehingga 150%.

Kawasan terkesan adalah yang mempunyai parkir yang dipenuhi antara 75% hingga 100% pada waktu puncak seperti Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar.

Kadar parkir dalam CBD naik daripada 80 sen sejam kepada RM2 untuk satu jam pertama. Kadar dinaikkan kepada RM3 untuk satu jam kedua dan RM3 untuk jam seterusnya.

Pengguna kenderaan yang menggunakan parkir daripada jam 7.30 pagi sehingga 6 petang terpaksa membelanjakan kira-kira RM32 sehari untuk parkir mengikut kadar baharu itu.

Kadar parkir baharu itu akan dikuatkuasakan secara berperingkat mulai sekarang hingga 1 Ogos mengikut kawasan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...