DBKL Arahkan Papan Tanda Iklan Sugarbook Ditarik Semula, Pengasas Nafikan Ianya Babitkan Aktiviti Pelacuran

Trending

DBKL Arahkan Papan Tanda Iklan Sugarbook Ditarik Semula, Pengasas Nafikan Ianya Babitkan Aktiviti Pelacuran

Kecoh baru-baru ini apabila papan tanda iklan tentang aplikasi Sugarbook dipasang di Bangsar dan Sri Hartamas. Aplikasi ini menawarkan khidmat ‘sugar daddy’ untuk para penggunanya.

Dalam erti kata lain, aplikasi ini membantu para gadis atau pemuda mendapatkan wang dengan cara menjadi ‘teman’ kepada ‘sugar daddy’ ini. Individu bergelar ‘sugar daddy’ ini kebiasaannya daripada golongan yang lebih berusia dan kaya.

Advertisement

Ramai yang terkejut apabila papan tanda iklan ini mendapat kelulusan untuk dipasang di sekitar Kuala Lumpur. Ini secara tidak langsung akan menggalakkan golongan muda untuk mendapatkan wang dengan cara yang tidak bermoral.

Tak dapat kelulusan DBKL

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan iklan tersebut mendapat kelulusan daripada pihak mereka. Sebaliknya, kelulusan yang diterima adalah daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) yang hanya menyemak penggunaan bahasa Melayu sahaja.

Betul kita luluskan (ayat pada iklan) ‘di sinilah bertemunya yang cantik dan yang berjaya’. Kita semak bahasa sahaja, kandungan bukan kami yang pantau

Pihak DBP hanya menerima sekeping gambar dan teks di dalam bahasa Melayu untuk disemak dari segi penggunaan bahasa Melayu yang kemudian diluluskan. Kini, DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) mengarahkan untuk iklan itu ditarik semula.

“Tak adil untuk kami” – Pengasas

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sugarbook, Darren Chan berkata paksaan daripada orang ramai yang meminta aplikasi itu diharamkan adalah tidak adil buat mereka. Aplikasi ini adalah platform untuk wanita mencari pasangan ideal menurut mereka.

Tambahnya lagi, tiada unsur paksaan di dalam aplikasi ini dan mereka tidak memperdagangkan tubuh mereka dengan wang. Jika aplikasi ini diharamkan, pihaknya bimbang desakan ini akan menjejaskan kebebasan dan pilihan rakyat Malaysia.

Sebelum ini, gambar papan tanda iklan ini mula tular di media sosial sehinggakan mendapat perhatian ramai. Ramai yang tidak menyangka iklan seperti ini mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

Artikel berkaitan: Angkara Iklan Grab, Netizen Berdebat Isu Suri Rumah Pada Era Baru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...