Dazrin Kamaruddin Terlibat Dalam Kemalangan

Hiburan

Dazrin Kamaruddin Terlibat Dalam Kemalangan

Pelakon drama bersiri Keluarga Karaoke, Dazrin Kamaruddin telah terlibat dalam kemalangan jalan raya apabila kenderaan yang dipandu beliau merempuh sebuah lori dua hari lepas.

Berita tersebut telah disampaikan oleh Dazrin sendiri menerusi sebuah foto yang dikongsikan di akauan Instagram miliknya. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Isnin lau, beliau sedang memandu sendirian ketika perjalanan pulang menuju ke rumahnya di Puchong, Selangor  dari Melaka.

Advertisement

Kemalangan tersebut berlaku berhampiran kawasan R&R Seremban dimana Dazrin telah terlanggar lopak air dan telah merempuh sebuah lori dihadapannya setelah gagal mengawal kenderaan. Menerusi foto yang dikongsikan oleh Dazrin, kereta beliau telah remuk dengan teruk.

Kejadian berlaku berhampiran Hentian Rehat & Rawat (R&R) Seremban dan di sekitar kawasan itu ada tapak pembinaan. Disebabkan hujan yang terlalu lebat, saya fikir lebih baik berhenti di kawasan itu buat seketika.

Tiba-tiba kereta saya terlanggar lopak air dan akibat gagal mengawal kenderaan, saya merempuh sebuah lori yang ada di hadapan saya. Sudahnya, kereta saya remuk teruk dan saya sendiri mengalami kecederaan di bahagian kepala, hidung dan kaki.

Walaupun masih trauma dengan kejadian tersebut, Dazrin masih tabah dan telah kembali menjalani penggambaran sebuah drama di Melaka sehingga 20 Mac ini.

Kata orang malang tidak berbau, meskipun kita tidak memandu laju tetapi pelbagai kemungkinan lain boleh berlaku. Semoga Dazrin cepat sembuh.

Sumber Berita: Kosmo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...