Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dazrin Kamaruddin Tak Berdisplin – Fasha Sandha

Kalau Fasha Sandha, seorang pelakon senior yang terkenal dengan displin tinggi pun sudah membuat pengakuan mengenai sikap tidak berdisplin Dazrin Kamaruddin, apa lagi yang mampu kita katakan? Baru-baru ini kecoh dikatakan bahawa Dazri sering lewat ke lokasi penggambaran drama Miranda sehingga menjejaskan kelancaran dan menyusahkan produksi.

dazrin kamaruddin tidak berdisplin

Advertisement

Menerusi Harian Metro hari ini, Fasha Sandha melahirkan rasa kesalnya terhadap sikap Dazrin Kamaruddin. Kata Fasha:-

Dia seorang pelakon berbakat, makin menyerlah dan menghormati pelakon senior, tapi sayangnya dia tidak berdisplin. Kalau boleh saya memang tak nak besar-besarkan hal ini tapi memandangkan perkara ini sudah jadi kecoh di media, saya harus akui kesahihan cerita yang timbul.

Saya terbaca di Harian Metro dan media lain mengenai kes ini dan saya akui dia bukan lewat lima atau 10 minit seperti dikatakan, tetapi satu hingga dua jam.

dazrin kamaruddin tidak berdisplin

Sedih sungguh Abang Nara membaca pengakuan Fasha Sandha ini. Kadangkala bakat sahaja tidak mencukupi untuk maju di dalam industri hiburan tanah air. Displin memang perkara yang amat penting. Jangan sampai nama kita buruk dan seterusnya tidak menjadi pilihan produksi. Nanti kita yang rugi tak dapat tawaran kerja. Diharap Dazrin berubah kerana bak kata Fasha, dia mempunyai masa depan dan bakat yang bagus.

P.S: Suzuki menguji Grand Vitara baru

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top