February 28th, 2020

Sudah menginjak usia 38 tahun, penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah tidak terlepas ditanya mengenai soal jodoh. Namun, soalan tersebut juga boleh jadi satu isu yang agak sensitif. Penyanyi itu mengakui dia berasa sedih apabila sering diajukan soalan berkaitan perkahwinan.

dayang nurfaizah

Jika sesetengah wanita lain di usianya, mereka pasti sudah mula kalut dan pening memikirkan jodoh yang tidak lagi kunjung tiba, namun buat Dayang kesibukannya sebagai penyanyi membuatkan dia tidak memikirkan langsung perkara untuk mencari cinta dan pasangan hidup.

Bosan, tapi saya faham orang akan sentiasa tanya sebab saya perempuan dan umur pun semakin ‘muda’.

dayang nurfaizah sedih soal kahwin

Bila orang bertanya mengenai hal itu, ia akan membuatkan saya rasa sedih. Selama ini saya tak terfikir, sebab terlalu sibuk dengan kerja.

Dalam pada itu, Dayang berkata kerjayanya sebagai seorang penyanyi membuatkan dia sedikit takut untuk berumah tangga. Bukan semua orang mampu memahami kerjayanya sebagai anak seni.

dayang nurfaizah

Memang mungkin kerja, situasi, keadaan susah. Saya agak takut sebab saya bukan kerja di pejabat, kerja saya di mata peminat-peminat.

Tidak mengapa Dayang, jangan fikirkan kata-kata orang lain. Bab jodoh dan perkahwinan ini kita tidak boleh terburu-buru. Perancangan yang ditetapkan oleh Tuhan adalah yang terbaik dan inshaAllah satu hari nanti pasti Dayang akan bertemu dengan lelaki yang sesuai buat dirinya.

Sumber Berita : mStar Online


8 responses to “Dayang Nurfaizah Sedih Sering Ditanya Soal Kahwin”

  1. dayang senandung says:

    jangan putus berdoa utk jodoh yg baik. insyallah akan dimakbulkan satu hari nanti.

  2. Roselynn Bundak Celine says:

    Kami doa kan yang baik2 untuk dayang..
    maybe this year?

  3. Roselynn Bundak Celine says:

    Aamiin..

Loading...