Penyanyi Dayang Nurfaizah menafikan aksi melemparkan ‘flying kiss’ ketika persembahan Janji With Dayang di Menara Kuala Lumpur malam tadi ditujukan kepada komposer dan penyanyi Hael Husaini.
Menurut Dayang, 46, ‘flying kiss’ itu sebenarnya sebagai tanda penghargaan buat semua peminat yang hadir, bukan khusus untuk Hael seperti yang digembar-gemburkan.
Sebenarnya ‘flying kiss’ itu untuk semua peminat sebagai tanda terima kasih untuk mereka.
Terdahulu, aksi tersebut sempat dirakam apabila Dayang melemparkan ‘flying kiss’ menghadap ke arah Hael yang berdiri di sudut pentas. Hael pula membalas dengan gaya menerima ciuman itu lalu ‘menyimpannya’ ke dalam hati, sekali gus mencetuskan momen ‘bersemut’ yang menghiburkan penonton.
Video itu pantas tular dan mendapat reaksi teruja daripada ramai netizen yang menganggap aksi tersebut sebagai romantis.
Dalam pada itu, Dayang turut mendedahkan bahawa beliau membuat persembahan dalam keadaan tidak sihat.
Macam mana tahu ni? Siapa yang beritahu. Ya memang saya tidak sihat. Mungkin kerana sekarang musim orang demam. Telinga saya berdengung, tekak pun rasa berkeladak.
Pelantun lagu Lemah itu berkata, meskipun berdepan masalah kesihatan, dia tidak mahu menjadikannya alasan untuk mengurangkan kualiti persembahan.
Saya tidak mahu menjadikan masalah kesihatan sebagai alasan untuk tidak membuat persembahan dengan baik. Peminat sanggup datang berpanas, mendaki bukit untuk menonton saya.
Macam biasa saya memang takkan kongsi tentang masalah kesihatan kerana pada saya itu alasan. Yang penting peminat yang datang terhibur. Itu saja yang saya nak tahu.
Showcase Janji With Dayang berlangsung hampir dua jam dengan Dayang menyampaikan lagu-lagu daripada album terbarunya Janji seperti Lemah, Mungkin Ke, Tulus, dan Akhirnya Bahagia, selain beberapa lagu popular terdahulu antaranya Mana Mungkin, Hakikat Cinta dan Dayang Sayang Kamu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.