Mengakui bakal melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya yang juga seorang ahli perniagaan iaitu Adale Adham dalam masa terdekat, pelakon jelita Dayana Roza mendedahkan dirinya sudah mengenali bakal tunangnya itu sejak enam tahun lalu.
Menurut Dayana, beliau kini sedang giat melakukan persiapan untuk majlis tersebut namun demi menjaga hati kedua-dua belah pihak, dirinya masih merahsiakan tarikh pertunangan tersebut.
“Memang dalam perancangan bertunang. Insya-Allah dalam masa terdekat ni. Tapi buat masa ini demi menjaga hati kedua-dua belah keluarga, saya tidak boleh beritahu tarikh lagi.
Terdahulu, menerusi sebuah posting di laman Instagram, Dayana sempat berkongsi sekeping foto dirinya bergambar bersama pasangan dengan mengenakan pakaiaan sedondon berona hitam.
Ujar Dayana, perasaan cinta mula berputik pada tahun ini sebelum kedua-dua mereka berani membua keputusan untuk melangkah ke fasa yang lebih serius dan merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya sekitar tahun 2020.
“Insya-Allah, rancang nikah tahun ini juga.”
Untuk rekod, kerjayanya sebagai pelakon mula digilap selepas berjaya mendapat tempat ketiga menerusi program “Anak Wayang” pada tahun 2009. Biarpun namanya agak suram berbanding pelakon hebat lain, namun sehingga kini beliau telah banyak membintangi beberapa drama tempatan popular seperti “Isteri Untuk Diiktiraf” dan “Abang Bomba I Love You”.
Sumber: Gempak