July 18th, 2013

Isteri mana yang tidak remuk hatinya apabila mengetahui sang suami memadukan dirinya. Secekal mana pun hati Dayana, pasti air mata mengalir apabila berita perkahwinan kali kedua suaminya, Ashraf Muslim diketahui menerusi jadual penerbangan ke Bangkok bersama Wan Sakinah.

puisi
Terbaru menerusi Facebooknya, Dayana telah pun menukilkan sebuah puisi untuk suaminya. Puisi ini pastinya luahan hati ikhlas Dayana terhadap suaminya dan perkahwinan mereka.

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

Sob sob sob. Habis juga tisu atas meja Abang Nara ini. Menitis jua air mata membaca puisi Dayana. Abang Nara dapat rasakan kesedihan, kepedihan dan keperitan Dayana. Semoga Dayana tabah menghadapi dugaan ini. Sama-samalah kita doakan.

UPDATE: Seorang wanita yang ingin namanya dirahsiakan telah tampil mengakui bahawa puisi di atas adalah nukilannya dan bukannya ditulis oleh Dayana. Maaf atas kekeliruan yang berlaku.


Comments are closed.

Loading...