“David Teo Puji Ada Rupa Dan Boleh ‘Jual'” – Sedar Diri Tak Ada Bakat, Fyza Kadir Ambil Keputusan Berhenti Berlakon

Hiburan

“David Teo Puji Ada Rupa Dan Boleh ‘Jual'” – Sedar Diri Tak Ada Bakat,  Fyza Kadir Ambil Keputusan Berhenti Berlakon

Pelakon dan juga ikon fesyen, Fyza Kadir mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia lakonan setelah sedar dirinya tiada bakat dalam bidang tersebut.

Jelas Fyza, dia berlakon hanyalah disebabkan kepercayaan pengarah terkenal, Datuk David Teo semata-mata serta telah memaklumkan sejak dari awal mengenai keupayaan dirinya yang tidak pandai ‘acting’.

Advertisement

Ditemui media, Fyza mengakui dia berasa tertekan dan menangis apabila gagal memberikan yang terbaik dalam tugasan yang diberikan.

Saya dah cuba sebab David puji saya ada rupa dan boleh ‘jual’. Ketika itu saya fikir tak salah untuk mencuba.

Kemudian, saya mula menyedari saya tiada bakat berlakon. Setiap kali saya menyelesaikan satu babak saya mesti menangis. Sangat sukar, dan saya jadi sebab tak boleh berikan yang terbaik.

Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia lakonan dan lega apabila berbuat demikian kerana dapat menumpukan kepada perkara lain terutama sekali keluarganya.

Sekadar info, Fyza pernah muncul dalam filem seperti Nongkrong, Ajiboy, Pe3 dan juga Senario Ops Pocot.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

adira datuk red
10 months ago

Didakwa Sepakat Dengan Madu Untuk Tinggalkan Datuk Red, Ini Jawapan Adira Suhaimi..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...