Penerbit terkenal, David Teo, mencuri perhatian netizen selepas berkongsi sekeping foto bersama dua pelakon popular, Uqasha Senrose dan Aliff Aziz, di media sosial.
Menerusi perkongsian di Instagram, David Teo memberi bayangan bahawa kedua-dua pelakon tersebut bakal digandingkan sebagai teraju utama dalam drama terbaharu terbitan syarikatnya.
“Hero heroin la Ek ?!. Yang Manis Itu Madu yang pahit itu racun, Exclusive di iQiyi, drama Madu atau Racun,” tulisnya.
Perkongsian itu pantas mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa terkejut dengan gandingan pelakon yang dicadangkan itu.
Malah, tidak kurang juga yang secara terbuka menyatakan pendirian untuk tidak menonton drama berkenaan sekiranya ia benar-benar direalisasikan dan ditayangkan di iQiyi.
“Alhamdulillah, bertambah semngat xnk tgk drama Melayu.”
“Kenapa mesti dorang ni??? tak ada org lain ke??? Dua² mental.”
“Maaf tak nonton sebab ada Uqasha, hilang minat sudah,” komen netizen.
Setakat ini, tiada pengesahan lanjut sama ada drama berjudul Madu atau Racun itu telah memasuki fasa produksi atau sekadar perancangan awal, namun perkongsian berkenaan jelas mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat drama tempatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
