Written by AbangNara | October 18th, 2013

Ada sesetengah pihak yang menyalahkan David Teo di dalam kontroversi perkahwinan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal baru-baru ini. Malah alasan yang diberikan oleh pasangan ini untuk berkahwin secara sorok-sorok ialah kerana kontrak MIG yang menghalang artisnya bercinta. Agak pelik juga kerana banyak artis MIG seperti Diana Amir, Farid Kamil dan Intan Ladyana yang secara umumnya diketahui kisah percintaan mereka.

intan ladyanaHari ini menerusi Berita Harian, Intan Ladyana memaklumkan bahawa boss MIG, David Teo ialah seseorang yang sangat memahami. Abang Nara yakin anda pasti tahu yang Intan Ladyana dan Kamal Adli sudah begitu lama bercinta. Kata Intan Ladyana:-

Sewaktu kami mula bercinta, memanglah rasa bimbang dengan reaksi pihak pengurusan. Namun, saya mengambil langkah untuk berterus-terang. Berlaku jujurlah dengan mereka, duduk berbincang elok-elok dan ceritakan situasi sebenar. David adalah seseorang yang sangat memahami.

Apa yang penting bagi mereka, kita kena beritahu supaya tidak timbul perkara berbangkit kemudian hari. Iyalah, perkara seperti ini bukannya boleh dibuat main-main kerana turut membabitkan pihak ketiga seperti produk yang melantik kita sebagai duta. Tak mahulah nanti perancangan yang sudah diatur musnah kerana sikap kita

inta ladyana

Intan Ladyana juga sempat memberikan nasihat kepada mana-mana artis yang menandatangan kontrak dengan mana-mana syarikat. Menurut Intan, kontrak perlu dibaca dengan sedalamnya sebelum ditandatangani. Kata Intan:-

Apa yang berlaku sebenarnya atas sebab salah faham terhadap kontrak yang ditandatangani. Mereka tidak faham kontrak yang menghalang artis daripada bercinta itu sebenarnya mempunyai pengertian yang lebih daripada itu.

Ia bukannya sekadar melarang mereka bercinta. Pihak pengurusan berbuat demikian kerana mahu menjaga reputasi artis itu sendiri. Mereka tidak mahu nama artis tercalar disebabkan terlalu banyak kisah cinta dipaparkan. Contohnya, jika berlaku cinta lokasi.

Sebagai artis yang pernah melalui situasi sedemikian, nasihat saya kita kenalah faham betul-betul maksud kontrak itu. Kalau tak faham, tanya. Pihak pengurusan pun kenalah beri penerangan dengan jelas supaya tidak berlaku kekeliruan.

Ada betulnya juga kata-kata Intan Ladyana ini. Kalau tak faham, kenalah tanya. Tak tanya dan buat keputusan sendiri memang akan menyukarkan semua pihak. Sekurang-kurangnya kalau tahu status anda yang sedang hangat bercinta, pihak pengurusan boleh buat apa yang patut untuk membantu daripada segi persiapan perkahwinan dan sebagainya. Apa pula kata anda?

P.S: Pening tak tahu nak pilih vitamin apa sebagai supplemen? Jangan risau. LIKE sahaja Facebook Doktor Vitamin Anda untuk mendapat maklumbalas yang jitu, tepat dan padat. Segala persoalan anda akan dijawab oleh mereka yang pakar. Confirm anda dah tak perlu risau dan takut untuk ambil vitamin yang dicadangkan oleh Doktor Vitamin Anda.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

71 responses to David Teo Adalah Seseorang Yang Sangat Memahami – Intan Ladyana

  1. miss x says:

    Mantap laaa intan….ur brilliant tought get my full respect..skrg ni terfikir, agak2nya si wawa n aeril tu kawin nak sorok dari mr david ke sorok dr x-tunang wawa????? My instict diorg kawin sorok coz xnak xtunang tu tau…huhu

  2. Anonymous says:

    Shut up u Intan! Jgn nk menyebok jg tepi kain org, die da sah menikah pn yg ko bila lg nk halalkn yg haram! Bekepit betahun tahun tukar2 jantan..puihhhhh..dislike le bnyk2 ade ku kesah

  3. tunangku lari says:

    anak wawa n ariel nanti boleh geng ngan anak DD & FK.

  4. […] David Teo Adalah Seseorang Yang Sangat Memahami – Intan Ladyana (69) […]

  5. […] David Teo Adalah Seseorang Yang Sangat Memahami – Intan Ladyana (70) […]