Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V hari ini telah melafazkan sumpah pemegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.
Antara perkara menarik berlaku di Istana Negara adalah ucapan Daulat Tuanku ditukarkan kepada Allahuakbar dan perkataan menggagungkan Allah itu boleh kedengaran di majlis istiadat tersebut.
Sultan Muhammad V, 47, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) pada Oktober lepas yang turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V di Istana Negara. pic.twitter.com/776nDOXdbr
— Myraridzuan (@Myraridzuan_) December 13, 2016
#kualalumpur Anggota 41BTI RAD lepas 21 das sempena Istiadat Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Ke-15, di Tasik Perdana. METROTV Asyraf pic.twitter.com/HfIHz9SmHf
— Harian Metro (@hmetromy) December 13, 2016
[Video] Istiadat Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V pic.twitter.com/JeTC9GvMSu
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 13, 2016
Selain sifat rendah diri baginda yang kerap turun padang menyertai aktiviti kemasyarakatan bersama rakyat, antara perkara lain yang turut mendapat pujian dan sebutan ramai adalah bagaimana baginda menukar lafaz ‘Daulat Tuanku’ kepada ‘Allahuakbar’.
Tahukah anda
Sultan kelantan menukar “Daulat Tuanku” kepada “Allahuakhbar” supaya pelafaznya dapat pahala.
Allahuakhbar pic.twitter.com/R2I61DmNSr
— TheViralMsia (@theviralMsia) October 14, 2016
Sultan Muhamad V akan memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong bermula 15 Disember ini.