Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Datuk Ziela Jalil Tidak Mahu Komen Isu Disaman RM10 Juta Oleh Penulis Novel 7 Hari Mencintaiku

Beberapa hari lepas, penulis novel 7 Hari Mencintaiku, Siti Rosmizah telah memfailkan saman berjumlah RM 10 juta terhadap penerbit, Datuk Ziela Jalil atas dakwaan mengaibkan dirinya dengan meyebarkan dan menghebahkan kenyataan fitnah menerusi laman sosial Instagram.

Susulan perkara itu, ramai yang ingin tahu punca permasalahan mereka berdua. Walaubagaimanapun, Ziela enggan memberikan sebarang komen mengenai isu saman berkenaan dan sudah menyerahkan segala urusan tersebut kepada peguamnya.

Advertisement

Malah, beliau juga masih belum menerima surat saman daripada pihak Siti Rosmizah.

Saya mendapat nasihat daripada peguam untuk tidak memberikan sebarang komen dan maklum balas. Jadi tunggu saja perkembangan kes ini. Lagi pun saya masih belum menerima surat saman daripada pihak Siti Rosmizah. Selepas itu baru kita boleh lihat proses seterusnya.

Terdahulu, Siti Rosmizah sebagai plaintif fitnah di laman sosial Instagram yang menjejaskan reputastinya dimuat naik oleh Ziela pada 9 Februari dan 10 April lalu. Selain itu, beliau turut menuntut injunksi bagi menghalang defendan (Ziela) daripada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya daripada sebarang medium, selain ganti rugi khas, am, teladan, faedah dan kos.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top