Datuk Yusry Pernah Digugurkan Sebagai Pengarah Sebab Nak Tukar Pelakon?

Hiburan

Datuk Yusry Pernah Digugurkan Sebagai Pengarah Sebab Nak Tukar Pelakon?

Pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim mengakui dirinya juga berasa agak keliru dengan syarat-syarat yang diletakkan oleh pihak syarikat penyiaran setiap kali ingin mencari pelakon bagi membintangi sesebuah drama televisyen.

Yusry KRU
3 years ago

"Ini Anugerah Yang Sama, Cuma Majlis Baru Dapat Diadakan" - Yusry KRU

Advertisement

Menurut Yusry, dia sendiri tidak pasti sama ada pihak stesen TV lebih mementingkan populariti di media sosial semata-mata berbanding bakat yang dimiliki oleh seseorang pelakon itu.

Apa kriteria untuk pelakon drama TV? FollowersInfluencer?

Perkara tersebut dikongsikan Yusry menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman Twitter untuk tatapan pengikut dan peminatnya.

Tambah Yusry, dia juga pernah mempersoalkan kredibiliti seorang pelakon pada tahun lepas gara-gara dia gagal membawakan watak yang diberikan dengan baik meskipun telah diberikan waktu untuk membuat persediaan.

Namun, teguran Yusry itu tidak diendahkan oleh pihak stesen TV malah lebih memburukkan keadaan apabila peranannya sebagai pengarah turut digugurkan dek kerana tindakannya itu.

Yusry & Lisa Surihani

Let’s reshoot! Tapi penyiar tetap mahu ‘pelakon’ itu. Saya yang ditukar. Situasi drama TV tempatan adalah angkara penyiar itu sendiri.

Yusry yang juga merupakan anggota kumpulan KRU itu turut menyifatkan situasi yang berlaku di dalam industri lakonan tersebut adalah berpunca daripada sikap pihak syarikat penyiaran itu sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar trend seperti itu dapat diubah pada masa akan datang.

Sekadar info, Yusry baru sahaja dikurniakan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membawa gelaran Datuk pada Hari Wilayah 1 Februari lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...