Datuk Yusof Haslam Terkejut Dengan Berita Perceraian Anak, Dedah Sudah Lima Tahun Tak Berhubung Dengan Syamsul Yusof

Hiburan

Datuk Yusof Haslam Terkejut Dengan Berita Perceraian Anak, Dedah Sudah Lima Tahun Tak Berhubung Dengan Syamsul Yusof

Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mengakui dirinya tidak mengetahui mengenai berita perceraian anak sulungnya, Syamsul Yusof bersama isteri, Ira Kazar.

Ujar pengarah itu, dia dan isterinya Datin Patimah Ismail telah terputus hubungan dengan anaknya itu sejak lima tahun yang lalu sekaligus tidak maklum mengenai perkembangan terkini Syamsul dan Ira.

Advertisement

Syamsul dah lama tak hubungi kami apatah lagi balik ke rumah ini. Jadi untuk saya komen hal ini macam tak kena pula sebab saya dan ibu Syamsul tak dapat perkhabaran apa-apa.

Dalam pada itu, Datuk Yusof Haslam berkata dia dan isteri terkejut mendengar khabar tersebut namun mendoakan yang terbaik buat Syamsul.

Saya sendiri dah sampai ke tahap reda. Apabila dia berkahwin baharu dan kemudian bercerai dengan Puteri Sarah, saya cuma berlapang dada kerana anggap semua ini ketentuan Allah.

Sebelum ini dia yang nak kahwin dua, kita boleh cakap apa lagi? Sekarang apabila dikatakan bercerai dengan isteri baru, saya cuma mampu doakan kesejahteraannya.

Tiada bapa yang mahu darah daging dalam kesusahan. Saya dan emaknya tetap harapkan yang terbaik buat Syamsul.

Semalam, kecoh media hiburan tempatan apabila pengarah filem box office Mat Kilau itu dilaporkan sudah memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Peguam sahkan syamsul yusof ceraikan ira
4 months ago

Sah..Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...