August 9th, 2016

Dituduh menyalahgunakan kuasa dan pengaruh sebagai antara yang terlibat didalam Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM 28) untuk menaikkan filem anak-anaknya, Datuk Yusof haslam akhirnya mengambil keputusan untuk tidak terlibat dalam penganjuran FFM pada tahun depan.

Datuk Yusof Haslam akui beliau merasa terkilan apabila sebelum ini beliau dikecam oleh netizen apabila filem anak-anaknya, Munafik dan Mat Motor (Kami Mat Motor Bukan Mat Rempit) terbitan Skop Production tersenarai sebagai finalis FFM 28.

Saya beremosi tadi apabila ramai pihak menuding jari dengan mengatakan ada berlaku kepentingan peribadi apabila filem anak saya dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik.

Saya tak tahu pun siapa juri sebenarnya. Selepas ini biarlah orang lain yang uruskan. Tak mahulah nanti saya dituduh ada konflik peribadi memandangkan saya masih aktif dalam penerbitan filem.

Isu senarai pencalonan FFM 28 kali ini cukup hangat apabila ada juga pihak menuduh pengasingan bagi kategori Filem Terbaik untuk Bahasa Malaysia dan Bukan Bahasa Malaysia diumumkan oleh pihak FFM 28. Ada yang melabelkan ia sebagai satu tindakan rasis.

Malah, pelakon  Afdlin Shauki juga telah memboikot FFM 28 kerana pengasingan kategori berkenaan.

Sehingga kini isu berkenaan masih belum reda dan pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh beberapa pihak. Mungkin tindakan Datuk Yusof Haslam untuk tidak terlibat dengan penganjuran FFM pada tahun depan adalah yang terbaik agar tiada pihak yang salah anggap.Hmmph..

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...