Penerbit filem pecah panggung, Munafik 2 iaitu Datuk Yusof Haslam akan mengambil tindakan mahkamah terhadap invidu yang telah mencetak rompak serta menyebarkan rakaman filem tersebut di media sosial baru-baru ini.
Surat saman telah dihantar terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu yang menggunakan akaun Facebook Sasuke Kun atau nama sebenarnya Muhammad Izwan Shah Bin Kamal Shah dan turut menggunakan akaun Instagram @muhammad_izwan_shah.
Ini adalah salah satu cara untuk Datuk Yusof membendung gejala cetak rompak yang sudah lama membelenggu seluruh penggiat industri filem tempatan.
Saya tidak memandang perkara ini untuk kepentingan peribadi kerana ia adalah kebaikan kepada semua penggiat seni tempatan dan masa depan industri. Golongan seperti ini perlu diberi pengajaran agar tidak akan berlaku pada masa akan datang tidak mengirasa sama ada karya terbitan atau penerbit lain.
Sebutan kes akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Taiping pada 22 Oktober ini. Setakat ini filem Munafik 2 telah mencatat kutipan mencecah RM 43 juta sejak ia ditayangkan pada 30 Ogos lalu.