Datuk Usia 63 Tahun Kahwini Seorang Gadis Umur 18 Tahun, Tarik Perhatian Netizen

Trending

Datuk Usia 63 Tahun Kahwini Seorang Gadis Umur 18 Tahun, Tarik Perhatian Netizen

Seorang datuk yang sudah berusia 63 tahun menjadi bualan mulut netizen di Indonesia selepas dia mengahwini seorang gadis berusia 18 tahun.

Advertisement

Menurut portal tempatan Makassar, Harian Fajar, datuk itu yang dikenali sebagai Nasir, berkahwin dengan gadis pujaannya, Milawati pada Isnin lalu di Desa Suwa.

Nasir ketika ditemuramah oleh akhbar itu berkata, dia sudah berkahwin sebelum ini namun isterinya meninggal dunia pada Februari lalu akibat sesak nafas.

Menurutnya, sejak menduda, dia berhasrat untuk berkahwin lagi dan menginginkan bakal isteri yang masih dara.

“Alhamdulillah, akhirnya doa saya dimakbulkan,” katanya.

Nasir berkata, dia bertemu dengan Milawati sebanyak dua kali sebelum bertandang ke rumah gadis itu untuk meminang.

Bapa kepada Milawati, Nasaruddin, 48, berkata dia menerima lamaran Nasir selepas anaknya itu bersetuju.

“Tiada paksaan dalam perkahwinan ini. Apabila kedua-duanya bersetuju saya hanya memberi restu,” jelasnya.

Milawati berkata, biarpun jarak usia yang jauh, dia tiada masalah untuk berkahwin dengan Nasir.

“Banyak orang yang menghina kami, tetapi inilah jodoh dan saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...