Datuk Syafinaz Bimbang ‘Trend’ Menjerit Dalam Ketika Buat Persembahan – “Tak Sampai Pun Tapi Orang Tepuk Bagai Nak Rak”

Hiburan

Datuk Syafinaz Bimbang ‘Trend’ Menjerit Dalam Ketika Buat Persembahan – “Tak Sampai Pun Tapi Orang Tepuk Bagai Nak Rak”

Maestro muzik terkenal, Datuk Syafinaz Selamat tampil meluahkan rasa bimbang dengan ‘trend’ penyanyi yang gemar menjerit dan menarik vokal tinggi ketika persembahan.

Ujar Syafinaz yang ditemui media, dia sentiasa bingung apabila seseorang penyanyi itu mendapat sorakan gemuruh daripada penonton meskipun ‘tidak sampai’ nota muzik yang sebenar.

Advertisement

Jerit biar dengan seni. Bila menjerit saja semua orang tepuk bagai nak rak. Tak bagus, kadang kala jerit itu pun tak sampai tetapi penonton pula suka siap beri standing ovation.

Saya hairan adakah mereka dengar dengan betul?

Maklumnya lagi, dia lebih menghargai suara ‘normal’ yang menyerlahkan bakat semula jadi yang dimiliki penyanyi ini.

Saya sangat takut melihat mereka menyanyi nada tinggi hingga terjerit-jerit sebab saya hargai suara dan bakat semula jadi yang mereka ada.

Saya harap mereka takkan rosakkan suara tu. Saya harap mereka tak bawa jeritan dan pujian itu kerana suara adalah aset. Kalau rosak atau hilang memang tak boleh cari ganti.

Syafinaz juga berharap penyanyi lebih memikirkan nilai seni sesuatu persembahan sebelum menyanyi dalam nada yang tinggi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astillah nur fazura berjumpa
1 hour ago

"Are You Happy Now?" - Saling Ambil Berat Fazura Dan Bella Astillah, Peminat Doakan Yang Terbaik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...