Siapa tak kenal Datuk Siti Nurhaliza. Kariernya bermula pada tahun 1995 setelah memenangi Bintang HMI terbitan RTM dan sejak itu namanya terrus meningkat gemilang dan terbilang.
Kini Siti bukan saja bergelar penyanyi tersohor malah merupakan ahli perniagaan berjaya dengan produk kosmetik dan penjagaan kecantikan SimplySiti.
Savemoney.com telah membuat artikel mengenai lima wanita terkaya di Malaysia dan Siti disenaraikan sebagai wanita ketiga terkaya di negara ini dengan anggaran aset sebanyak RM 50 juta. Wow, tujuh keturunan makan tak habis tu. Siti telah menerima lebih 200 anugerah tempatan serta dinamakan antara dua jutawan dalam bidang hiburan di Asia Tenggara.
Menurut artikel itu juga, wanita terkaya di Malaysia ialah Puan Seri Lee Kim Hua, balu pemilik empayar Genting iaitu mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dengan jumlah aset RM21.32 bilion.
Kedua ialah Datuk Seri Michelle Yeoh, pelakon yang terkenal dengan filem Crouching Tiger Hidden Dragon dengan anggaran kekayaan sebanyak USD 245 juta.
Wanita Malaysia keempat terkaya ialah bekas Miss Malaysia 1969, Pauline Chai yang menerima RM244,568 dari harta bekas suaminya setiap bulan yang merupakan seorang taikun United Kingdom, Dr. Khoo Kay Peng, bernilai RM2.3 bilion.
Wanita kelima terkaya Malaysia ialah Datuk Nicol Ann David dengan aset yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta hasil kemenangan dan kejayaan dalam kejohanan sebagai pemain skuasy nombor satu dunia.
Bangga bila ada wanita Melayu yang berjaya jadi puluh jutawan dan diiktiraf begini, apa lagi dalam industri hiburan.
Semoga Siti kekal berjaya dan dimurahkan rezeki dan menambah rezeki lagi. Mungkin berkat kemurahan hatinya selama ini. Tahniah.