Datuk Siti Nurhaliza Sah Tarik Diri Dari ABPBH 2010

Hiburan

Datuk Siti Nurhaliza Sah Tarik Diri Dari ABPBH 2010

keputusan abpbh2010

Baru ingat tahun nie nak beli suratkhabar Berita Harian banyak-banyak dan undi Datuk Siti Nurhaliza untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi ke 13 (ABPBH 2010), tup-tup semalam dia mengumumkan yang dia takkan bertanding lagi untuk ABPBH. Kami sangat menghormati keputusan Datuk Siti yang menarik diri di kala kemuncak. Satu langkah yang bijak.

Advertisement

[note]Setakat ini saya sudah berjumpa pihak pengurusan ABP untuk menjelaskan tentang penarikan diri ini dan mereka menerimanya dengan baik. Saya juga telah memberitahu peminat-peminat dan mereka menyokong keputusan saya itu. Cukuplah sampai di sini. Keputusan muktamad ini juga saya inspirasikan daripada Tun Mahathir sendiri dan saya percaya orang akan ingat kita sampai bila-bila.[/note]

Dan sesungguhnya Datuk Siti sedar bahawa dia tidak akan kekal di atas selama-lamanya. Suatu hari nanti pasti akan datang seseorang untuk menggantikan dirinya. Bagi kami, penarikan diri Datuk Siti sangatlah gentleman. Kami yakin Datuk Siti ingin memberi peluang kepada muka baru untuk memenangi ABPBH 2010 kali ini. Tak best jugak kalau tiap-tiap tahun pun muka dia je kan yang menang?

Maka dengan ini, kami meneka bahawa Yunalis Zarai akan menggondol Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2010. Tahun ini nampak seperti tahun Yuna. Kalau Yuna tak menang pun, mungkin Faizal Tahir. Atau mungkin Aizat. Susahnya nak buat tekaan sebab semua pun hebat-hebat belaka.

Apa-apa pun, untuk mengetahui update terkini tentang ABPBH 20109, sila layari laman web ABPBH atau Facebook ABPBH ataupun Twitter ABPBH. Tahniah kami ucapkan kepada penganjur ABPBH 2010 sebab nampak lebih IT kali ini. Oh ya, esok borang undian untuk ABPBH 2010 akan dikeluarkan di Berita Harian. So jangan lupa beli Berita Harian untuk mengundi artis feveret anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...