Datuk Siti Nurhaliza Menang 6 Kategori intuned Music Awards 2011

Datuk Siti Nurhaliza Menang 6 Kategori intuned Music Awards 2011

Dalam pada ramai memperkatakan tetang Anugerah Juara Lagu ke 26 yang berlangsung semalam dan juga cerita-cerita balik tabirnya, legenda dalam pembikinan, Datuk SIti Nurhaliza telah diumumkan sebagai pemenang untuk 6 kategori yang dia dicalonkan:-

– Favourite Artiste/Band
– Best Female Solo
– Best Album 2011 [All Your Love]
– Most Promising Artiste/Band
– Best Music Video [Falling in love]
– Best Use of Social Media (Twitter/Facebook)
– Sexiest Female Artiste

Untuk senarai penuh, anda boleh lawat di sini. Sebanyak 132,511 undian telah dijalankan oleh peminat-peminat seni dari seluruh dunia, dan antara artis yang kalah kepada Siti ialah Lady Gaga dan Katy Perry serta beberapa kumpulan K-Pop dari Korea. Kami di BeautifulNara.com mengucapkan tahniah dan berharap kemenangan beliau ini akan memberikan lebih ruang bagi beliau untuk dikenali di peringkat antarabangsa.

Advertisement

***

Apa ada di Jempol, Negeri Sembilan? Anda pernah mendengar sejarah ‘Jalan Penarikan?
Jalan Penarikan yang juga terkenal sebagai Londar Siam adalah sebatang jalan darat tertua pernah diketahui di Semenanjung Malaysia dan merupakan jalan alternatif kepada jalan laut iaitu melaui Temasik (Singapura). Jalan ini telah menghubungkan dua batang sungai Serting di sebelah utara dan sungai Jempol di bahagian selatan.Sejarah awal Jalan Penarikan ini tidak diketahui dengan tepat namun pernyataan tentangnya hanya diperolehi daripada dokumen lain secara kebetulan menyebutnya. Jalan ini dikatakan telah mula digunakan oleh pedagang-pedagang dari pantai barat semenanjung untuk pergi ke pantai timur (termasuk Siam) dan sebaliknya untuk menjalankan kegiatan perdagangan.

Peta terawal yang melakarkan Jalan Penarikan ini telah melukis dalam abad ke 16 oleh seorang ahli geografi Eropah. Namun pada abad ke 17, seorang pengembara Portugis telah melakarkan semula Jalan Penarikan ini yang mana telah menunjukkan ianya adalah satu jalan darat bukan satu terusan seperti yang telah digambarkan oleh ahli geografi Eropah itu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom singgah ke Program Merakyatkan Seni Budaya Komuniti 1Msia di Padang Awam Felda Gugusan Raja Alias 4, Serting, Jempol, Negeri Sembilan pada 4 Februari ini jam 4 petang hingga 6 petang Jumpa anda disana!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

58 Comments

  1. AJL26

    January 30, 2012 at 10:34 pm

    Bangga dgn kejayaan anak Malaysia mengalahkan artis2 dari luar negara..ini membuktikan Siti mmg hebat, cantik dan sexy dari Lady Gaga…(Mmg pun Lady Gaga tu tak ada apa2..sexy mendedahkan segalanya) mana ada sexxy dan tarikannya lagi..tgk siti biarpun pakaian tak mendedah tp tetap dianggap sexy..mgkn sexy dari sudut yg lain..itulah org kita ni kdg2 masih berfikiran dangkal psl sexy ,meksi ni…org di luar sana dah lama berfikir di luar kotak..

  2. dato minah jambu 24jam mengadap computer

    January 30, 2012 at 5:39 pm

    tahniah siti minah jambu pn rasa hepiiiiiiiiiiiii la sangat2 siti menang 6 ketogori lov u sitiiiiiiiiiiii !!

  3. amoi comel

    January 30, 2012 at 2:21 pm

    si rodok ni pon ade jgk..

  4. hikari

    January 30, 2012 at 2:15 pm

    Well done Dato Ct.. u deserved it for your hard work in career. ^^

  5. wawa

    January 30, 2012 at 1:34 pm

    e’eh. baju sama ngn baju angelina jolie. :)

Loading...