Dalam pada ramai memperkatakan tetang Anugerah Juara Lagu ke 26 yang berlangsung semalam dan juga cerita-cerita balik tabirnya, legenda dalam pembikinan, Datuk SIti Nurhaliza telah diumumkan sebagai pemenang untuk 6 kategori yang dia dicalonkan:-
– Favourite Artiste/Band
– Best Female Solo
– Best Album 2011 [All Your Love]
– Most Promising Artiste/Band
– Best Music Video [Falling in love]
– Best Use of Social Media (Twitter/Facebook)
– Sexiest Female Artiste
Untuk senarai penuh, anda boleh lawat di sini. Sebanyak 132,511 undian telah dijalankan oleh peminat-peminat seni dari seluruh dunia, dan antara artis yang kalah kepada Siti ialah Lady Gaga dan Katy Perry serta beberapa kumpulan K-Pop dari Korea. Kami di BeautifulNara.com mengucapkan tahniah dan berharap kemenangan beliau ini akan memberikan lebih ruang bagi beliau untuk dikenali di peringkat antarabangsa.
***
Apa ada di Jempol, Negeri Sembilan? Anda pernah mendengar sejarah ‘Jalan Penarikan?
Jalan Penarikan yang juga terkenal sebagai Londar Siam adalah sebatang jalan darat tertua pernah diketahui di Semenanjung Malaysia dan merupakan jalan alternatif kepada jalan laut iaitu melaui Temasik (Singapura). Jalan ini telah menghubungkan dua batang sungai Serting di sebelah utara dan sungai Jempol di bahagian selatan.Sejarah awal Jalan Penarikan ini tidak diketahui dengan tepat namun pernyataan tentangnya hanya diperolehi daripada dokumen lain secara kebetulan menyebutnya. Jalan ini dikatakan telah mula digunakan oleh pedagang-pedagang dari pantai barat semenanjung untuk pergi ke pantai timur (termasuk Siam) dan sebaliknya untuk menjalankan kegiatan perdagangan.
Peta terawal yang melakarkan Jalan Penarikan ini telah melukis dalam abad ke 16 oleh seorang ahli geografi Eropah. Namun pada abad ke 17, seorang pengembara Portugis telah melakarkan semula Jalan Penarikan ini yang mana telah menunjukkan ianya adalah satu jalan darat bukan satu terusan seperti yang telah digambarkan oleh ahli geografi Eropah itu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom singgah ke Program Merakyatkan Seni Budaya Komuniti 1Msia di Padang Awam Felda Gugusan Raja Alias 4, Serting, Jempol, Negeri Sembilan pada 4 Februari ini jam 4 petang hingga 6 petang Jumpa anda disana!