Written by Bella | May 30th, 2016

Smule merupakan aplikasi karaoke yang cukup popular sekarang, malah ada yang terus ditawarkan menjadi penyanyi rakaman seperti Khai Bahar yang bakatnya dicungkil menerusi aplikasi berkenaan.

Datuk Siti Nurhaliza juga tidak terlepas untuk mencuba aplikasi Smule dan memuat naik video beliau menyanyikan lagu Lelaki oleh Yuna.

Namun, ada pihak yang menganggap Siti Nurhaliza menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang penyanyi terkenal dan disegani.

Walaubagaimanapun,  Siti Nurhaliza menjelaskan beliau cuma ingin mencuba aplikasi baru itu yang membuatkan beliau lebih dekat dengan peminat.

Ramai yang bertanya, mengapa saya mencuba aplikasi Smule? Saya tahu aplikasi itu menjadi tempat untuk mereka yang menggemari nyanyian merakamkan video seolah-olah sedang berduet dengan penyanyi yang diminati. Salahkah saya jika mempunyai minat sama seperti orang lain.

Saya juga sama seperti mereka, cuma mungkin yang membezakan kami apabila kerjaya saya sebagai penyanyi menjadikan saya dikenali ramai. Namun, saya juga mempunyai minat dan keinginan untuk mencuba aplikasi terbaru, apatah lagi jika ianya membabitkan kerjaya nyayian.

Secara tak langsung, aplikasi ini buat saya dekat kepada peminat. Mereka yang tak berkesempatan bertemu saya secara peribadi, dapat melunaskan impian mereka menerusi Smule. Saya melihatnya dari sudut positif.

Tidak dinafikan, memang best dengar Siti Nurhaliza cover lagu Yuna dengan cara beliau sendiri. Apa salahnya untuk beliau pun sekali sekala melepaskan tekanan dengan menyanyi di Smule? Hidup ini hanya sekali, janganlah setiap masa kena serius je..

Sumber Berita : BH PLUS

48 responses to Datuk Siti Nurhaliza Dikritik Kerana Menyanyi Di Smule

  1. biarbetik says:

    Biarbetik ini pun nak jadi masalah ke? Ok je aku tgok bukanya dia bergelek sakan ke apa…small matter la no hal

    0

    0
    • kak nam says:

      ya, ni takpe…ada kena mgena dgn karier dia. isu dato’ aliff makan durian atas lantai di klia tu aku rasa patut dikecam. boleh belah sgt… :(

      0

      0
      • juji says:

        Biar lah dato ct nak record dia tgh memuki pun .. apa masalahnyer ? Dia dah kahwin kan.

        0

        0
        • Anonymous says:

          Elok nya bahasa…x cukup saham akhirat huh?!

          0

          0
        • minah jambu harapan nenek says:

          memang patut juji cakap macm tu huh ! orang orang ni kalau cakap baik baik semua tknk terima ! ha cakap memuki muki gini bagos biar orang semua paham ..!

          0

          0
      • kentut telur dlm kereta aircond says:

        suara wanita kalau menyanyI di khalayak mcm ni.. haram ke.. berdosa ???
        jaga maruah…

        0

        0
        • minah jambu harapan nenek says:

          eh dia punye suka la nk pekek melalak itu tekak dia ..dia punye suka paham!!

          0

          0
        • Anonymous says:

          jatuh haram klu wanita melenggok2kan sore hingga yg lelaki dgr blh angau..setakat nyanyi biasa xde hal.
          jgn ckp nyanyilah..ckp manja2 lenggok lembut menggoda hingga lelaki tertarik pn haram

          0

          0
    • al chepa says:

      Kan. Biarla dia nak nyanyi pun. Kalau tanak dgr jgn dgr. Tah apa2

      0

      0
      • Anonymous says:

        don’t worry dato ct… tak jadi kudis kan? biarkan la kritikan tu berlalu…hihi

        0

        0
        • Anonymous says:

          penanyai hollywood rilek je..xde pula spe kecam..sekarang neh zaman viral & kecam. lol.

          0

          0
    • bbycumil says:

      hp dia..suara dia..suke ati tokti la..

      0

      0
    • Lorat says:

      kenn… bukannya dia menyanyi kat kelab malam ker apa ker, ini pun mau jadi isu.

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      betol tu..siti pon manusia jugak macm orang lain tkan dia tk boleh nyanyi di smule ..mengarot kan orang orang ni semua macm kiwak ..!

      0

      0
  2. Anonymous says:

    tebalnya make up….

    0

    0
    • Bukan Ayam Spring Lagi says:

      Kalau tak tebal nanti garis garis kedut kelihatan.
      Maklumlah di-mamah usia. Kalau ada pil ajaib
      yang membolehkan sentiasa kelihatan muda
      pasti aku rasa Cik Kak kita mampu beli walaupun
      harga nya berjuta…Datok K pun sama juga mampu
      nak beli…tetapi bila masa mengejar kita tak dapat
      lari dari ketuaan.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Artis hijab makeup tebal dr yg x pakai hijab. How?

        0

        0
      • Anonymous says:

        ketuaan pasti walaupun ditampal bedak. melainkan leher kedut mcm che ta pakai tudung…settle. kikikihs

        0

        0
    • Anonymous says:

      make up tebal pun nak jadi isu.. nak juga cari kekurangan orang..

      0

      0
  3. Anonymous says:

    lagu x sedap.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Apa masalahnya? Dato CT has always been a very humble person. Dia SMULE pun sedapppp je.

    0

    0
  5. anne says:

    alahai typical malay.hal mcm nie pun nak jd isu ke.biaq pi lah hoi ct nak guna app nie.hangpa ingt hangpa semua je ka bley pakai.ct nordiana dah bnyak lagu dah kat smule nie.oke ja,tak jatuh pun kredibiliti.

    0

    0
  6. nuhh says:

    Aku tak nampak pon salah die bile dato ct nyanyi dekat smule … Kenapa bende gini pon nak kecoh2?

    0

    0
  7. nok gebuzzz says:

    biar la……xd masalah pon dia nak smule,semua org nak buat boleh buat…saja tok suka2…ini pon nak jadi isu,xd cite la tu

    0

    0
  8. ababil penjaga neraka says:

    aku rasa haters ni terlampau byk masa smp kn siti nk smule pun drg jd kn bahan… tlg la oii, tu kn kerjaya dia sbg penyanyi, jd kalo siti nk release tensen atau dkt gan fans dia dlm smule tu biar ajer lah.. xder salah pun.. tgk siti nordiana selama jer no hal pun, dan khai bahar yg byk up video smule dia pun dh di jdkan artis dlm industri… bnda ni x apa pape isu pun tp ntah la byk plak langau dok hurung kn..

    0

    0
  9. SoulFly says:

    Dia pun manusia biasa macam kita2 ni jugak yang ada sifat ingin mencuba sesuatu yang baru. Dia bukan robot yang takde perasaan. Bezanya dia ni artis/penyanyi dan dah terkenal. Jadi setiap perlakuan dia ada je yang akan komen baik/buruk.

    Disebalik kehidupan glamour yang artis kecapi ni ada jugak sisi2 kehidupan normal macam kita2 ni.

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Orang Malaysia ni dah takde benda lain ke nak kritik? That is the reason why alien don’t visit us

    0

    0
  11. My2cents says:

    Salam Encik Nara.over la u Ni kan.mane Ade org kritik pun Kat DCITI.u yg over sorg2 ckp kritik.entah ape2 la.nk post pun biar la ade bukti org kritik DATO siti.

    0

    0
    • Anonymous says:

      banyak saham abg nara kutippppppppp…. sendiri bikin propa.. aku tengok retis ober the sea yang jauh lagi glamor satu dunia kenal nyanyi tak kene kecam pon.. felik2… dunia2..

      0

      0
    • nice says:

      bella nie mmg, sejak die jd writter dkt nara nie, msti suka sgt amek dr insta je, bkn nk buat research sikit, tajuk die mesti kritik la, kecam la..dah lama aku perati si bella nie..propa giler

      0

      0
  12. melati says:

    ok lew tuu..sekurang2 nya dia tak menipu kater Simply Siti byk ciplak sampai nk ke Vietnam nk [email protected] 3 min RM1.3 juta…….Neelofa sewel jer menipu..!!! kikiki.

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Ntah manusia skrg , nyanyi salah , selfie salah , cam guna duit, tenaga atau masa org lain je… lantak pi le nak wat apa…

    0

    0
  14. Nyimas says:

    Allah..macam2 lah korang ni ! Ada saja yang salah dengan r-tis! Mereka pun manusia biasa juga cam kita. Nak try LOL!

    0

    0
  15. mendeeee says:

    amende la.. biarlah pun kot ye ct nak nyanyi smule pun. artis org putih tu takde hal pun nyanyi smule. takyah la sebab dia artis nak sanjung bagai ibarat boleh menjatuhkan kredibiliti, puihh sgt la oi. sama je kot manusia. dia penyanyi sebab tu la dia suka menyanyi. dia nak nyanyi kat smule ke kat jamban ke biarlah dia. amende mendeeeee tahhh..

    0

    0
  16. Juju says:

    Nara suka mensensasikan perihal Artis..kemudian artis2 di kutuk dan sindir artis2 tersebut…artis2 ni manusia biasa..cuma cari rezeki dalam bidang seni..kadang2 gambar isteri atau gf artis pun nak masukkkan kat sini untuk dihakimi pembaca..

    Ni kah caranya Nara cari makan bagi naik rating agar dapat lebih iklan dalam blog…
    Setiap kesedihan titis air mata keluarga artis bila membaca cercaan pembaca nara semoga kembali pada Nara…suatu hari Nara akan menangis bila orang lain mencerca keluarganya..dan sila rujuk pada mereka yang arif agama jika hasil pendapatan dari blog ini halal atau tidak..apa agaknya jadi jika bagi anak2 makan pakai duit haram???

    0

    0
    • Annoyed In The House says:

      Setuju. Ini ibarat Siti Nurhaliza join Juara Lagu semula. Gitu. Senior artist kena maintain exclusive .. To me Smule ni budak muda punya arenaaa

      0

      0
      • Annoyed In The House says:

        Apasal laa komen gua masuk slot orang lain. Mesti iklan Dove ni. Komen ni takde kena mengena dengan komen yang lain. Setuju dengan hasil tulisan Bella.

        0

        0
    • Anonymous says:

      Yg penting sponsor bertambah tambah .,
      Ko yg meraung pat sini buat ape???
      Pimain pat parit sana!

      0

      0
  17. Sakinah al-Jufrey Seripah Markonah says:

    siti kentot

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Smule ja bkn mlacorrr pwon kan…tu pwon kecoh..bkn nak menjatuhkan kejaya dia pwon…korang x da sora x leh nak smule2 ney..stakat nyanyi dlm blik air diam ja lah..

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Sakit jiwa kot org yg kritik ni,bkn dia bt apa pun lain la dia berlakon adengan kena rogol atas katil…

    0

    0
  20. Lisa says:

    okay what?

    0

    0
  21. Dhia says:

    Kalau artis tak pakai tudung jadi issue sebab dalam Islam mesti tutup aurat tapi wanita yang menjadi penyanyi seperti Siti Nurhaliza ni tak ditegur, tak dinasihati pula ya kerana menyanyi. Bukan kah dalam Islam suara itu aurat???? Apatah lagi bila wanita itu menyanyi. Nampak gaya nya Islam kamu di tengah jalan saja. Yang itu tak boleh, yang ini boleh. Sedangkan dua-dua tak boleh dalam Islam. Haram dalam Islam. Tapi mengapa ya pemikiran Islam di sini setengah-setengah saja ikut suka hati sendiri? Ingat ya.. kalau kamu Islam jangan jadikan tudung saja issue tapi penyanyi wanita juga hukumnya haram.

    0

    0
    • kerabumanggis says:

      kalo ikut imam shafiee suara wanita bukn aurat kerana wanita boleh berjual beli dan memberi keterangan di mahkamah melainkan ia menimbulkan fitnah yakni menaikkan syahwat lelaki yang mendengarnya..sedangkan para isteri nabi ada yang meriwayatkan hadis dan ada lelaki ajnabi dalam kalangan pendengarnya..Wallahua’lam

      0

      0