Datuk Siti Nurhaliza & Che Ta Nyatakan Sokongan Buat Tun Dr Mahathir

Hiburan

Datuk Siti Nurhaliza & Che Ta Nyatakan Sokongan Buat Tun Dr Mahathir

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan juga pelakon jelita Rozita Che Wan telah tampil memberikan sokongan mereka buat mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad atas  krtikan dan persoalan yang dihapadinya ketika memberikan pandangan terhadap institusi kepimpinan negara baru-baru ini.

Datuk Siti Nurhaliza telah memuji usaha keras Tun M dan pelbagai cabaran yang harus ditempuh demi membangunkan Malaysia sebagai negara yang maju dan dikenali di mata dunia.

Advertisement

Love u Tun & sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran &dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata Dunia patut kita hargai serta contohi..Tiada yang Muda Kalau tidak kerana Orang Tua.

Buat Che Ta pula, beliau akan tetap menyokong perjuangan Tun M dan percaya ramai lagi rakyat Malaysia dan pengikut setia akan selalu berada di belakang Perdana Menteri Malaysia ke 4 itu.

Tun tidak keseorangan..kami sentiasa teguh di belakang. Tapi kami ni orang marhain, siapa nk dengaq dengar soqa kami.

Kenyataan itu timbul selepas Tun M menulis tentang dirinya kini  keseorangan  ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah banyak berjasa dalam memajukan negara Malaysia. Antara usahanya adalah dengan mewujudkan sistem kepimpinan yang cukup sistematik ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan mengajar anak-anak Melayu kita untuk terus bangkit meskipun dalam kepayahan agar menjadi bangsa yang berguna kelak.

Sumber Berita: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...